SAIC Motor Malaysia mengumumkan pelantikan Hoffen Yih Ben Teh sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) berkuat kuasa 9 September 2025.
Langkah ini menegaskan komitmen syarikat dalam memperkukuh barisan kepimpinan ketika memasuki fasa pertumbuhan seterusnya di Malaysia, dengan fokus kepada pengembangan jenama MG, pengalaman pelanggan yang lebih baik serta peningkatan servis selepas jualan.
Berbekalkan lebih 20 tahun pengalaman dalam industri automotif, Hoffen memiliki kepakaran luas dalam strategi produk, pemasaran, serta perancangan pengeluaran tempatan dan pembuatan.
Pelantikannya mencerminkan usaha syarikat untuk memperkukuh strategi jualan dan pemasaran, selain membina asas kukuh bagi pengeluaran tempatan. Ini termasuk memperluaskan ekosistem melalui kerjasama strategik dengan rakan kongsi luar dan agensi berkaitan bagi mewujudkan rangka kerja operasi yang mampan dan bersedia untuk masa depan.
Graduan Kejuruteraan Mekanikal dari University College London (UCL) ini pernah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan dengan rekod cemerlang dalam operasi dan perancangan strategik. Beliau juga merupakan ahli majlis Malaysia Automotive Association (MAA) serta ahli jawatankuasa eksekutif MyZEVA (Malaysia Zero Emission Vehicle Association) yang giat memperjuangkan elektrifikasi kenderaan dan mobiliti hijau.
“Saya yakin kepimpinan dan pengalaman luas Hoffen akan membawa semangat baharu serta hala tuju yang lebih jelas untuk SAIC Motor Malaysia. Keupayaannya dalam pembangunan strategi dan penyusunan organisasi akan menjadi pemacu utama ketika kami melangkah lebih jauh,” kata Emory QiFeng, Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia.
“Dengan momentum kukuh MG di pasaran, kami optimis untuk memulakan pengeluaran tempatan tidak lama lagi, menandakan fasa kedua perjalanan kami di Malaysia. Ini bakal memperkukuh lagi kedudukan MG sebagai jenama kontinental premium di negara ini.”
Sebagai COO, Hoffen akan mengetuai operasi Jualan, Produk dan Pemasaran, termasuk mengembangkan rangkaian pengedar MG, meluaskan barisan produk, serta mempercepatkan pelan pembangunan kenderaan tenaga hijau. Fokusnya juga merangkumi peningkatan titik sentuhan pelanggan, memperkenalkan pengalaman runcit inovatif, serta menggerakkan penyelesaian mobiliti mampan bagi meningkatkan daya saing MG.
“Saya berbesar hati menyertai SAIC Motor Malaysia, sebuah organisasi dengan visi yang seiring dengan aspirasi saya,” kata Hoffen Teh.
“Keutamaan saya adalah memperkukuh organisasi asas dan membuka potensi penuhnya, di samping menyediakan platform yang mantap untuk pertumbuhan MG. Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan pasukan bagi membuka peluang baharu, menyokong peralihan ke arah pengeluaran tempatan dan membentuk masa depan mobiliti di Malaysia.”
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?