Hati-Hati! Alat Sorok Nombor Plat Kereta RM150–RM350 Kini Dijual Online

Kalau korang rajin skrol platform e-dagang, mungkin pernah nampak alat pelik ni – number plate flipper. Nampak macam gajet menarik, tapi sebenarnya berbahaya sebab ia boleh sorok atau tukar nombor plat kereta dengan sekali tekan butang je.

Alat ni dijual antara RM150 hingga RM350, kebanyakannya oleh penjual dari China. Ada dua jenis di mana satu boleh pusing nombor plat asal kepada nombor lain, satu lagi siap ada panel kosong yang terus menutup nombor plat asal. Senang kata, tekan remote, auto nombor plat hilang.

Iklan dia pun bukan main lagi. Ada yang kata ia boleh “lindungi plat daripada cuaca” dan ada juga yang terang-terang promote untuk elak kamera trafik dan saman. Boleh dipasang kurang 10 minit, siap datang dengan kabel, unit kawalan dan indikator.

Tapi hati-hati ya sebab polis dah warning keras. Pengarah JSPT, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri cakap, pasang benda ni kira dah buat kesalahan bawah Akta Pengangkutan Jalan. Kalau kena tangkap, boleh kena denda sampai RM5,000, penjara setahun atau kedua-duanya sekali. Kereta pun boleh terus kena tarik masuk lokap.

Polis juga akan buat operasi khas untuk kesan kereta yang guna alat ni. Malah, mereka nak bincang dengan kementerian berkaitan untuk kawal penjualan peranti ni dari terus berleluasa.

Pakar kriminologi, Datuk Seri A. Thaiveegan pun setuju benda ni bahaya. Katanya, undang-undang patut dipinda supaya import, jual, simpan dan pasang alat ni terus diharamkan. – The Star

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD