Penunggang Motosikal Ducati Maut Dalam Kemalangan Dengan Myvi

Seorang lelaki berusia 42 tahun yang menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Batu Belah, Klang, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.40 malam sebelum menghantar enam anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Klang Utara ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pasukan bomba tiba kira-kira enam minit kemudian dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal Ducati dengan sebuah kereta Perodua Myvi.

“Penunggang motosikal itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Kosmo!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD