Bayangkan kalau naik teksi tak payah redah jalan jem terus terbang ke udara. Itu yang bakal jadi kenyataan dekat bandar-bandar besar Amerika Syarikat tak lama lagi.
Baru-baru ni, Jabatan Pengangkutan US umum satu program khas 15 September lepas untuk percepatkan ujian dan penggunaan teksi udara elektrik atau nama lainnya eVTOL (electric vertical takeoff and landing). Program ni akan jalan selama tiga tahun, dengan minimum lima projek percubaan kat beberapa bandar. Semua ni under kawalan FAA (Federal Aviation Administration).
Apa yang dia orang nak test? Macam-macam yang diorang akan cuba dari penerbangan jarak dekat dalam bandar, penerbangan jarak jauh, bawa kargo, sampai la ke kegunaan untuk kes kecemasan macam perubatan. Kalau jadi, banyak benda boleh jimat. Trafik kurang sesak, kawasan kampung lebih senang nak capai, dan perjalanan ke airport jadi lebih cepat.
United Airlines pun dah bersedia. Awal tahun ni mereka umum plan dengan Archer Aviation nak buat rangkaian teksi udara di New York. Bayangkan, dari Manhattan ke airport cuma 5 minit je, tak payah pening tunggu teksi biasa.
CEO Archer, Adam Goldstein siap cakap ini “dah kira detik penting untuk industri ni.” Dia yakin penerbangan awal nanti akan jadi bukti yang teksi udara memang selamat dan senyap.
Satu lagi company besar, Joby Aviation, pun turut serta sekali. Joby ni tengah partner dengan Delta Airlines untuk cuba servis “rumah ke lapangan terbang” guna teksi udara. Mereka sasar nak dapat kelulusan FAA tahun ni, dan kalau semua berjalan dengan lancar, ujian dengan juruterbang rasmi akan bermula pada awal 2026.
Menurut Greg Bowles dari Joby: “Lebih 15 tahun kami bina teknologi ni, sekarang dah sampai masa nak tunjuk yang benda ni betul-betul sedia untuk orang ramai.”
Kalau semua berjalan lancar, mungkin pada masa akan datang orang US dah tak risau berada dalam jem bila nak ke lapangan terbang. Naik teksi udara terus selesai. Masa depan pengangkutan nampak makin gempak!
Sumber: Travel Pulse