Lari Selepas Langgar, Pemandu Kereta Akhirnya Jadi Mangsa Amukan Orang Ramai

Sebuah video tular dari Indonesia memaparkan detik cemas apabila seorang pemandu kereta dikejar dan keretanya rosak teruk selepas merempuh beberapa penunggang motosikal di Bogor, Jawa Barat, Isnin lalu.

Menurut Ketua Polis Sukaraja, Komisioner Wagiman, insiden bermula apabila kereta yang dipandu seorang lelaki dikenali sebagai RZ melanggar sebuah motosikal. Panik dengan situasi itu, pemandu berkenaan cuba melarikan diri, namun dalam keadaan kelam-kabut, dia terus merempuh beberapa penunggang motosikal lain.

Kenderaan berwarna oren itu akhirnya berhenti di tepi jalan sebelum diserbu orang ramai yang berang. Dalam rakaman video tular, kereta berkenaan dilihat kemik teruk selepas diketuk dengan kayu dan batu, manakala cermin depan, sisi dan belakang turut pecah.

Pemandu tersebut kemudian ditarik keluar dan kelihatan terbaring di atas jalan sebelum ditahan pihak polis.

“Kes ini kini sedang disiasat Unit Kemalangan Trafik Polis Bogor. Pemandu sudah ditahan,” kata Wagiman. – Kosmo!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD