Zurich Lancar Perlindungan EV Paling Lengkap – Siap Cover Bateri & Pengecas Rumah

Zurich Malaysia melangkah setapak lagi dalam dunia mobiliti hijau dengan memperkenalkan Z-Driver EV Protect, pelan insurans dan takaful komprehensif yang direka khas untuk pemilik kenderaan elektrik (EV).

Dengan hanya tambahan serendah RM120, Z-Driver EV Protect memberi perlindungan khusus yang selama ini tak ditawarkan dalam insurans kereta biasa — termasuk bateri EV, pengecas rumah, kabel mudah alih, malah elaun sekiranya berlaku insiden di stesen pengecas awam.

Menurut Foo Chuen Hou, Ketua Pegawai Pengedaran Segmen Am Zurich Malaysia, pemilik EV berdepan risiko unik yang berbeza berbanding kereta konvensional. “Perlindungan ini dicipta untuk beri ketenangan fikiran dan keyakinan kepada pemilik EV, sesuai dengan gaya hidup mereka hari ini,” katanya.

Antara manfaat utama Z-Driver EV Protect termasuk:

  • Perlindungan pengecas dinding rumah hingga RM15,000

  • Tanggungjawab liabiliti peribadi ketika mengecas hingga RM50,000

  • Perlindungan kabel pengecas mudah alih hingga RM2,000

  • Elaun belas ihsan hingga RM20,000 jika berlaku insiden di stesen pengecas awam

  • Pilihan perlindungan khas tambahan untuk kerosakan bateri akibat air

Pakej ini melengkapkan ciri sedia ada Z-Driver, termasuk khidmat towing tanpa had jika bateri habis, sekali gus beri lebih keyakinan untuk setiap perjalanan.

Bukan itu saja, Zurich juga bekerjasama dengan Gentari Green Mobility Sdn Bhd untuk meningkatkan kesedaran dan kemudahan infrastruktur pengecasan di seluruh negara. Setakat ini, Zurich sudah meluaskan jenama mereka di 13 stesen pengecas EV di lokasi tumpuan ramai seperti Suria KLCC, KL Convention Centre, KLIA2 Gateway, The Gardens Mall, Paradigm Mall JB, Gamuda Gardens, Putrajaya Sentral dan lain-lain.

Menurut Teresa Wong, Ketua Pegawai Risiko Segmen Am & Ketua Risiko Kelestarian Zurich Malaysia, kerjasama ini bukan sekadar tambah bilangan pengecas, tetapi membina ekosistem EV yang lebih yakin dan mudah diakses.

Manakala Aliah Nasreen Abdullah dari Gentari Green Mobility pula menegaskan, usaha bersama ini penting untuk menjadikan peralihan kepada mobiliti hijau lebih mudah, selamat dan mampu milik untuk rakyat Malaysia.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD