Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melaporkan bahawa sebanyak 73,041 unit kenderaan telah dijual pada bulan Ogos 2025, meningkat berbanding 70,057 unit pada Julai 2025.
Berbanding dengan Ogos 2024, jualan kenderaan pada Ogos 2025 menunjukkan peningkatan sebanyak 1% iaitu sebanyak 461 unit. Untuk bulan kelapan ini, sebanyak 67,302 unit jualan direkodkan untuk kenderaan penumpang dan 5,739 unit untuk kenderaan komersial.
Bagi produksi kenderaan pula, sebanyak 69,111 unit telah dihasilkan di kilang pemasangan pada Ogos 2025, 7% menurun berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu 74,556 unit. Untuk bulan kelapan ini, sebanyak 65,153 unit kenderaan dihasilkan untuk kenderaan penumpang dan 3,958 unit untuk kenderaan komersial.
Setakat Ogos 2025, jumlah jualan kenderaan telah mencapai 516,862 unit, 4% lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu sebanyak 537,532 unit penghantaran.
MAA menjangkakan jualan kenderaan akan sedikit perlahan pada bulan September 2025, disebabkan oleh bilangan hari bekerja yang sedikit disebabkan banyak cuti umum.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?