passionately driven

Remaja Maut Terperosok Bawah Bas di Seri Alam

Remaja Maut Terperosok Bawah Bas di Seri Alam

Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut selepas motosikal Yamaha Y15 yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan di persimpangan Jalan Masai Kong Kong – Jalan Betik 1, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, berkata insiden berlaku sekitar jam 7.30 pagi ketika mangsa dalam perjalanan menuju ke Jalan Masai.

“Siasatan awal mendapati motosikal mangsa dirempuh sebuah van yang keluar dari simpang untuk membelok ke kanan. Mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kiri hadapan van sebelum terjatuh dan terperosok ke bawah bas dari arah bertentangan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Pemandu van berusia 54 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Berita Harian

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD