passionately driven

Tiggo 7 PHEV & Tiggo 8 PHEV Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM130k – RM160k

Tiggo 7 PHEV & Tiggo 8 PHEV Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM130k – RM160k

Chery Malaysia telah melancarkan dua SUV hibrid plug-in (PHEV) terbaru mereka, Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV ke dalam pasaran Malaysia. Tiggo 7 PHEV dijual pada harga bermula RM129,800 manakala Tiggo 8 PHEV dijual pada harga bermula RM159,800 (atas jalan tanpa insurans).

Dikuasakan oleh teknologi Chery Super Hybrid (CSH), kedua-dua SUV ini menggunakan enjin 1.5L turbocaj bersama dengan motor elektrik dan kapasiti bateri LFP sebanyak 18.3 kWh. Gabungan ini membolehkan jarak sehingga 1,200 km boleh dicapai dengan tambahan 90 km pemanduan elektrik penuh.

Chery Tiggo 7 PHEV hadir dengan rekaan sporty menerusi gril corak berlian menegak, lampu utama LED dan bampar baharu yang lebih moden. Gaya ini memberi penampilan segar dan menonjolkan karakter SUV kompak yang dinamik.

Ruang dalaman menampilkan paparan skrin besar 24.6 inci Dual Integrated Display yang menggabungkan kluster meter dan infotainment. Tempat duduk kulit sport dengan fungsi ventilasi serta lampu ambien 64 warna meningkatkan keselesaan, manakala sistem pemantauan pemandu menambah tahap keselamatan.

Chery Tiggo 8 PHEV pula menampilkan imej lebih premium dengan gril baharu bersama logo bercahaya eksklusif di tengah. Dipadankan dengan lampu utama LED pintar dan bampar rekaan moden, ia menyerlahkan karakter SUV keluarga yang mewah dan bergaya.

Di dalam, SUV ini menawarkan paparan infotainment besar bersaiz 15.6 inci sebagai pusat kawalan utama. Sistem audio SONY 10-speaker dan pendingin hawa dwi-zon menambah keselesaan, sementara fungsi Driver Fatigue Monitoring System memastikan perjalanan jauh lebih selamat dan meyakinkan.

Tidak dilupakan, kedua-dua SUV ini didatangkan dengan sistem ADAS yang terkini seperti berikut:

Tiggo 7 PHEV ditawarkan dalam tiga warna luaran iaitu Phantom Grey, Khaki White dan Blood Stone Red, dengan bumbung berwarna hitam manakala Tiggo 8 PHEV pula Aurora GreenKhaki White dan Carbon Black.

Semua pemilik akan menerima jaminan kereta 7 tahun/150,000 km, jaminan bateri, motor dan vehicle control unit 8 tahun/160,000 km dan 5 tahun percuma servis. Chery turut mengumumkan penukaran bateri 1-on-1 jika bateri health jatuh di bawah 70% semasa waranti.

Pelanggan yang berminat kini boleh berkunjung ke mana-mana bilik pameran terdekat anda dan tempah sesi pandu uji untuk merasai sendiri pengalaman memandu SUV Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD