NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Tempahan Proton e.MAS 5 Kini Dibuka – Bakal Lancar Q4 2025, Harga Anggaran RM60k hingga RM80k

Tempahan Proton e.MAS 5 Kini Dibuka – Bakal Lancar Q4 2025, Harga Anggaran RM60k hingga RM80k

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat milik penuh Proton, hari ini mengumumkan bahawa tempahan untuk Proton e.MAS 5, kini telah dibuka secara rasmi selepas siaran langsung pelancarannya pada 4 Oktober 2025.

Dalam sesi tersebut, Proton telah mendedahkan harga anggaran Proton e.MAS 5, iaitu bermula dari RM60,000 sehingga RM80,000. Pelanggan juga kini boleh membuat tempahan dengan bayaran serendah RM99 dan menerima kad edisi terhad Proton e.MAS Touch ‘n Go NFC dengan isian RM100, serta rebat tambahan RM500 untuk yuran tempahan.

Walaupun kompak, Proton e.MAS 5 hadir dengan teknologi pintar ATLAS OS, sistem pengecasan rumah yang mudah, serta peta pengecasan langsung PRO-NET untuk pengalaman pemanduan elektrik yang lancar dan berhubung.

Antara ciri menonjol termasuk:

  • Sistem storan pintar & gear kristal

  • Suspensi belakang multi-link

  • Pengecasan pantas DC

  • Bateri berketumpatan tinggi

  • Arahan suara dalam Bahasa Melayu & Inggeris

  • Lampu utama LED

  • Sistem keselamatan ADAS

  • Kamera 360°

  • Apple CarPlay & Android Auto

Semua ciri ini menjadikan e.MAS 5 bukan sahaja berbaloi dari segi harga, tetapi juga lengkap dengan keselesaan, keselamatan dan gaya moden.

Tempahan Proton e.MAS 5 kini dibuka di 42 pengedar rasmi Proton e.MAS di seluruh negara, atau secara dalam talian melalui laman web rasmi Proton e.MAS. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi adik kepada Proton e.MAS 7 ini yang dijangka akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy