MARA Automotive Ecosystem (MATEC) 2025 kembali dengan penganjuran kali kedua pada 31 Oktober hingga 2 November ini di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, menjanjikan pengalaman lebih besar, segar dan penuh tenaga buat peminat serta pemain industri automotif tempatan.
Pengerusi MARA, Datuk Dr. Wira Asyraf Wajdi Dusuki berkata, MATEC 2025 mencerminkan komitmen MARA dalam memperkukuh keupayaan usahawan Bumiputera dan memacu industri automotif ke arah lebih mampan serta berdaya saing.
Acara tahun ini membawa tema “Charge The Hype”, simbol kepada semangat baharu yang menggabungkan elemen teknologi automotif terkini, gaya hidup permotoran dan penglibatan aktif generasi muda.
Pameran (B2C) – Memperkenalkan produk, teknologi dan jenama automotif terkini.
Business Matching (B2B) – Platform padanan perniagaan antara usahawan dan pemain industri.
Diagnose Hub – Pusat perkongsian ilmu serta demonstrasi teknikal.
Experiential Wheel – Ruang pengalaman langsung termasuk pandu uji kereta dan motosikal elektrik.
Sebanyak 180 booth pameran akan menghimpunkan pengeluar kenderaan (OEM), vendor alat ganti, aksesori, serta agensi strategik termasuk PETRONAS, EON, Daihatsu, Little Joe, Bateriku, CelcomDigi, Mannol, PMH, PUNB, MARii dan SME Corp.
Pandu uji pelbagai jenama EV dan motor elektrik.
Tawaran promosi & diskaun hebat untuk servis, aksesori dan barangan automotif.
Aktiviti interaktif seperti EV Smart Quiz, Push Bike Challenge dan Wheel of Fortune.
Cabutan bertuah bernilai tinggi termasuk motosikal dan barangan eksklusif MATEC.
MATEC 2024 sebelum ini mencatat RM16.6 juta transaksi jualan dan menarik lebih 26,000 pengunjung, selain menjayakan 330 sesi padanan perniagaan. Tahun ini, MATEC mensasarkan jualan melebihi RM50 juta dan 50,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.
Sehingga kini, lebih 5,000 usahawan automotif Bumiputera telah dibangunkan oleh MARA melalui latihan, pembiayaan dan bimbingan strategik, termasuk dalam sektor kenderaan elektrik (EV) melalui jenama seperti GGR Motor.
Dengan kehadiran MATEC 2025, MARA terus memainkan peranan utama memperkukuh penglibatan usahawan tempatan, memupuk bakat baharu, dan memastikan industri automotif Bumiputera terus berkembang di landasan mampan dan berimpak tinggi.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?