NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Lebih 100 Unit BYD Seal 6 Berjaya Dihantar pada Pelanggan Seminggu Selepas Pelancaran

Lebih 100 Unit BYD Seal 6 Berjaya Dihantar pada Pelanggan Seminggu Selepas Pelancaran

BYD Sime Motors, pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, mencatat pencapaian mengagumkan apabila berjaya menyerahkan lebih 100 unit BYD SEAL 6 hanya dalam tempoh seminggu selepas pelancarannya.

Menariknya, penghantaran ke seluruh Semenanjung dan Malaysia Timur diselesaikan dalam masa kurang tujuh hari. Model elektrik segmen C itu kini boleh dilihat di bilik pameran seluruh negara dalam tiga pilihan warna elegan iaitu Arctic White, Harbour Grey dan Misty Blue.

Malah, kumpulan pertama pelanggan sudah pun menerima kunci mereka dan mula memandu BYD SEAL 6 di jalan raya tempatan.

Menurut Adeline Lew, Pengarah Urusan BYD Sime Motors, Malaysia berbangga menjadi pasaran antarabangsa pertama yang menerima BYD SEAL 6.

“Ini bukan sekadar pelancaran model baharu, tetapi bukti komitmen kami untuk memenuhi kehendak pelanggan dengan profesionalisme dan semangat. Kami amat menghargai kerjasama seluruh pasukan yang memastikan setiap unit dihantar ke seluruh negara tanpa sebarang kelewatan,” katanya.

Tambahnya, pelancaran ini turut mengukuhkan komitmen BYD Sime Motors dalam memperluaskan penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia. Menjelang tahun 2026, rangkaian BYD akan diperluaskan daripada 37 kepada 50 pusat jualan dan servis, termasuk kemudahan pengecasan, bagi memastikan pengalaman pemilikan EV yang lebih menyeluruh dan mudah diakses oleh rakyat Malaysia.

BYD SEAL 6 bukan sekadar tampil bergaya, malah hadir dengan teknologi dan prestasi mengagumkan.

  • Sistem suspensi Dual Ball-joint MacPherson Strut + Rear Multi-Link menawarkan pemanduan yang stabil dan selesa.

  • Pacuan roda belakang (RWD) memberi sensasi pemanduan sporty yang jarang ditawarkan dalam segmen ini.

  • Reka bentuk terbesar dalam kelas sedan segmen C, dengan pengendalian mantap hasil agihan berat yang seimbang serta jejari pusingan hanya 5.5 meter.

  • 24 ruang simpanan pintar dan ruang but keseluruhan 525 liter untuk kegunaan harian.

  • Dikuasakan motor elektrik 160 kW (215 hp) dengan 330 Nm tork, mampu memecut dari 0–100 km/j dalam hanya 7.5 saat, disertai tiga mod pemanduan berbeza untuk menyesuaikan gaya pemandu.

BYD SEAL 6 kini boleh ditempah di semua pusat pameran BYD seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari byd.simemotors.my atau ikuti BYD Cars Malaysia di Facebook dan Instagram.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD