Dihempap Pokok, Lelaki Maut Di Tempat Kejadian

Seorang lelaki berusia 39 tahun maut selepas kereta Perodua Viva yang dipandunya dihempap pokok tumbang di Jalan Kampung Kuala Dioh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada malam Selasa.

Menurut Pegawai Bomba Kanan II, Razidi Samik, pihak bomba dari BBP Kuala Pilah bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 10.52 malam.

Mangsa yang tersepit di dalam kenderaan berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik. Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: KOSMO!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD