NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Dua Motosikal Bertembung, Seorang Maut Di Lokasi

Dua Motosikal Bertembung, Seorang Maut Di Lokasi

Seorang pekerja Petronas Penapisan Melaka maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal lain yang dipercayai melawan arus di Jalan Sungai Udang, berhampiran lampu isyarat Penjara Sungai Udang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kemalangan berlaku sekitar jam 7.50 malam dan mangsa dikenali sebagai Mohd Huzaimi Abdul Hamid, 44, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Seorang lagi penunggang motosikal, Muhamad Arif Farhan Nawawi, 21, turut parah di kepala dan kini menerima rawatan di Hospital Melaka.

Siasatan awal mendapati, mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Bertam Setia menuju ke tempat kerja di Petronas Penapisan Sungai Udang sebelum bertembung dengan motosikal yang dipercayai datang dari arah bertentangan.

Menurut Christopher, beberapa saksi yang melihat kejadian sudah dirakam keterangan dan polis sedang melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Berita Harian

Azfar Zamri

Azfar Zamri merupakan antara tenaga kreatif meja editorial NAZZ&CO™ Media yang banyak menumpukan kepada pelaporan berita automotif harian. Beliau bertanggungjawab memastikan setiap informasi terkini, siaran media korporat, dan perkembangan landskap permotoran negara disampaikan dengan tepat kepada pembaca.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy