NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Dua Lelaki Maut, Terjunam Ke Dalam Gaung Pada Awal Pagi

Dua Lelaki Maut, Terjunam Ke Dalam Gaung Pada Awal Pagi

Dua lelaki maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Kilometer (KM) 301.2 Lebuh Raya Kuala Lumpur–Seremban awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 pagi itu, pemandu dan penumpang berusia 23 dan 16 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, hasil siasatan awal mendapati kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke tepi jalan dan jatuh ke dalam gaung.

“Dua lagi penumpang, seorang lelaki dan seorang wanita tempatan, dalam lingkungan usia 20an mengalami kecederaan di kaki dan tangan, dan kini dirawat di Hospital Serdang,” katanya.

Tambah beliau, kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Naazron turut menyeru mana-mana individu yang menyaksikan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Narolhisyam Endi di talian 019-5897115.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi had laju dan berhati-hati, terutamanya ketika memandu pada waktu malam atau di kawasan berbukit.

Sumber: KOSMO!

Azfar Zamri

Azfar Zamri merupakan antara tenaga kreatif meja editorial NAZZ&CO™ Media yang banyak menumpukan kepada pelaporan berita automotif harian. Beliau bertanggungjawab memastikan setiap informasi terkini, siaran media korporat, dan perkembangan landskap permotoran negara disampaikan dengan tepat kepada pembaca.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy