NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

BMW 7 Series Dipandu Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ, Cukai Jalan Tamat Tempoh

BMW 7 Series Dipandu Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ, Cukai Jalan Tamat Tempoh

SEREMBAN – Sebuah kereta mewah BMW 7 Series yang dipandu seorang lelaki warga asing pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) antara kenderaan yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan baru-baru ini.

Tindakan penyitaan itu dilakukan bersama 144 kenderaan lain menerusi pelaksanaan ‘Ops Luxury’ yang digerakkan di negeri berkenaan.

Ketika ditahan pihak berkuasa pada minggu lalu, kenderaan yang dipandu lelaki berusia lingkungan 30-an itu didapati menggunakan cukai jalan tamat tempoh, malah sedang dihias reben untuk kegunaan satu majlis perkahwinan.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Jasyindar Singh Sidhu berkata, sebanyak 870 kenderaan telah diperiksa sepanjang operasi yang bermula sejak awal tahun ini, menyaksikan penyitaan pelbagai model premium lain seperti Mercedes-Benz, Toyota Alphard, Lexus, dan BMW Limousine.

Sepanjang operasi berkenaan, sebanyak tujuh kenderaan mewah disita membabitkan bukan warganegara, terutamanya dari China, Pakistan dan Bangladesh, termasuk seorang pemegang kad UNHCR. Operasi ini memberi tumpuan khusus terhadap pematuhan Lesen Kenderaan Motor (LKM), perlindungan insurans dan lesen memandu yang tidak sah atau tamat tempoh,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa pihak jabatan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pemilik kenderaan premium yang sengaja melanggar peraturan jalan raya.

“Saya ingin mengingatkan semua pemilik kenderaan mewah dan penggiat automotif bahawa nilai atau status sesebuah kenderaan tidak memberikan sebarang kekebalan daripada tindakan undang-undang,” tegas beliau.

Sumber: Harian Metro

Siti Sarah Abu Kassim

Siti Sarah merupakan Spesialis Naratif & Formula 1 (F1) yang pakar dalam menggarap skrip serta dialog berimpak tinggi. Berbekalkan pemahaman teknikal yang mendalam tentang jentera F1, beliau cemerlang merapatkan jurang antara penceritaan emosi dan analisis sukan permotoran elit sebagai seorang pengacara yang serba boleh.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy