Tesla Model 3 Kini Ditawarkan Dengan Ciri Baharu – Harga Bermula RM185,000

Tesla kini tampil dengan Model 3 versi baharu yang hadir dengan reka bentuk lebih segar, teknologi dipertingkat dan varian tambahan, memperkukuh peranannya sebagai peneraju dalam dunia kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Model ini dilengkapi kamera hadapan baharu bagi penglihatan lebih jelas serta memudahkan parkir dan meningkatkan tahap keselamatan. Secara keseluruhan, Model 3 kini menggunakan lapan kamera untuk menyokong sistem Autopilot berasaskan penglihatan, menjadikannya lebih pintar dan responsif. Penampilan luaran juga diberi nafas moden dengan logo matte-black di bahagian depan dan belakang yang menonjolkan gaya futuristik.

Tesla terus komited mempercepatkan peralihan dunia kepada tenaga lestari, dengan matlamat menjadikan kenderaan elektrik lebih mudah dicapai oleh semua lapisan masyarakat. Gabungan teknologi baharu dan harga lebih kompetitifmenjadikan Model 3 bukan sekadar sebuah kereta tetapi simbol gaya hidup moden dan masa depan mobiliti.

Varian Model 3 Long Range Rear-Wheel Drive (RWD) kini mampu mencapai jarak sehingga 750km (WLTP) dalam satu cas penuh, menjadikannya model Tesla dengan jarak pemanduan paling jauh setakat ini. Melalui pengecas pantas Tesla Supercharger 250kW, model ini boleh menambah jarak pemanduan hingga 311km hanya dalam masa 15 minit.

Bagi pasaran tempatan, Model 3 Long Range RWD ditawarkan pada harga bermula RM185,000, menjadikannya antara EV jarak jauh paling berbaloi dalam kelasnya. Tesla Malaysia turut mengumumkan pelarasan harga sehingga 6%, berkuat kuasa mulai 3 Oktober 2025.

Selain penambahbaikan pada model, Tesla juga terus memperluas rangkaian pengecasan di seluruh Malaysia, kini merangkumi 15 stesen Supercharging (68 unit) dan 16 lokasi Destination Charging (73 unit) bagi menyokong lebih 10,000 pemilik Tesla. Beberapa lokasi baharu seperti Pavilion Damansara Heights, Nexus Bangsar South dan The Mall Mid Valley Southkey dijangka beroperasi menjelang akhir 2025.

Melalui program Home Charging, pemilik Tesla juga boleh mengecas kenderaan di rumah atau tempat kerja dengan harga bermula RM1,900, lengkap dengan waranti setahun. Setakat ini, lebih 8,000 pemilik Tesla di Malaysia telah memasang pengecas di kediaman masing-masing, memberikan kemudahan dan kebebasan untuk memulakan perjalanan bila-bila masa.

Model 3 Long Range RWD bakal dipamerkan di Tesla Experience Centres tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Tesla Malaysia atau ikuti saluran rasmi mereka di media sosial:
X: @Tesla_Malaysia
Instagram: @teslamotorsmys

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD