GWM Malaysia kini membuka tempahan untuk model Ora Good Cat baharu dan Ora Good Cat GT dengan harga permulaan serendah RM115,000, menawarkan pilihan EV yang semakin menarik buat rakyat Malaysia.
Diperkenalkan buat pertama kali pada 2023, Ora Good Cat menjadi antara hatchback elektrik sepenuhnya terawal dari China yang memasuki pasaran tempatan. Dengan reka bentuk retro moden, ciri premium dan jarak pemanduan yang praktikal, model ini segera mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengguna bandar yang beralih kepada mobiliti elektrik.
Kini, versi terbaharu hadir dengan lebih banyak pembaharuan. Ora Good Cat baharu tampil dengan rekaan lebih segar serta peningkatan dari segi keselesaan, manakala Good Cat GT pula menonjol dengan gaya lebih sporty dan prestasi lebih berkuasa — selaras dengan slogan jenama tersebut, “The Extra Good EV.”

🔋 Ciri Utama Ora Good Cat Baharu:
Bateri SVOLT LFP 57.7 kWh (jarak sehingga 480 km, NEDC)
Motor 143 PS / 210 Nm
Pengecasan pantas DC 60kW (30–80% dalam ~38 minit)
Skrin infotainmen 10.25 inci, upholsteri kulit sintetik
Ciri keselamatan Tahap 2 ADAS dan kamera 360°
Sokongan My GWM App, Apple CarPlay & Android Auto
Anggaran harga: bawah RM115,000
🏁 Ciri Utama Ora Good Cat GT:
Bateri SVOLT LFP 57.7 kWh (jarak sehingga 460 km, NEDC)
Motor lebih berkuasa 171 PS / 250 Nm
Reka bentuk sporty dengan spoiler GT, brek kaliper kuning dan rim khas GT
Tempat duduk sport suede dengan jahitan kuning
Tambahan ciri Launch Control
Anggaran harga: bawah RM125,000
Tempahan kini dibuka di semua bilik pameran rasmi GWM Malaysia di seluruh negara atau melalui laman web rasmi di www.gwm.com.my
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?