Chear Motorrad, rakan pengedar rasmi BMW Motorrad yang sudah lama bertapak di Malaysia, kini telah berpindah ke lokasi baharu di Shah Alam, sekali gus menjadi pengedar pertama memperkenalkan konsep BMW Motorrad New Retail Brand Experience di negara ini.
Langkah ini menandakan permulaan bab baharu dalam usaha jenama itu memperkukuh hubungan dengan komuniti penunggang BMW melalui pengalaman pelanggan yang lebih menyeluruh, meliputi jualan, servis, dan sokongan selepas jualan.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel, berkata pembukaan pusat baharu ini mencerminkan komitmen BMW Motorrad dalam memastikan setiap aspek perjalanan pelanggan berlangsung dengan mudah, eksklusif dan premium.
“Janji kami di BMW Motorrad adalah untuk menjadikan setiap detik bersama jenama ini menyeronokkan dan bernilai. Chear Motorrad di Shah Alam membawakan ruang runcit yang bukan sekadar tempat jualan, tetapi juga pusat komuniti buat para penunggang.
Sejak 2011, Chear Motorrad memainkan peranan penting dalam rangkaian pengedar kami, dan kami amat gembira melihat mereka terus berkembang untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan di Lembah Klang dan seluruh negara,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Chear Motor Group, Dato’ Chear Kin Keong, berkata pembukaan pusat baharu ini menjadi satu pencapaian besar hasil sokongan pelanggan yang sentiasa mempercayai jenama itu.
“Pusat baharu ini mencerminkan dedikasi kami untuk terus menawarkan pengalaman terbaik kepada komuniti pemilik BMW Motorrad di Malaysia. Dengan pasukan yang lebih besar dan fokus baharu terhadap penjagaan pelanggan, kami ingin mencipta pengalaman yang lebih bermakna untuk semua penunggang, seiring semangat ‘Make Life a Ride’,” katanya.
Terletak di No. 33 & 35, Jalan 15/23, Taman Perindustrian Tiong Nam, pusat Chear Motorrad Shah Alam berkeluasan 540 meter persegi ini direka sebagai hab untuk penunggang meneroka rangkaian motosikal BMW Motorrad, mendapatkan servis penyelenggaraan atau sekadar berinteraksi dengan komuniti penunggang yang semakin berkembang.
Ia juga merupakan pusat pertama di Malaysia yang sepenuhnya mengaplikasikan konsep BMW Motorrad New Retail Brand Experience, menampilkan ruang pameran moden yang menggabungkan elemen gaya hidup, prestasi dan layanan peribadi. Ruang ini turut dilengkapi kaunter servis khas dan coffee bar bagi mewujudkan suasana santai serta mesra pelanggan.
Bahagian bengkel pula menampilkan 10 ruang kerja (working bay) bagi memastikan proses penyelenggaraan berjalan lancar dan memenuhi piawaian servis tertinggi BMW Motorrad. Dengan kekuatan seramai 40 kakitangan dalam bahagian jualan, servis, pemasaran dan sokongan, Chear Motorrad Shah Alam menawarkan perkhidmatan 3S (Sales, Service & Spare Parts) di bawah satu bumbung, memastikan pengalaman premium untuk pemilik baharu dan sedia ada.
Pusat Chear Motorrad Shah Alam beroperasi Isnin hingga Sabtu, dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?