passionately driven

Dakwaan Manipulasi Meter Pam Minyak Dalam Pelaksanaan Budi95 di Terengganu Palsu

Dakwaan Manipulasi Meter Pam Minyak Dalam Pelaksanaan Budi95 di Terengganu Palsu

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu menafikan dakwaan berhubung wujudnya manipulasi meter pam yang menyebabkan jumlah isian petrol tidak tepat di stesen minyak selepas pelaksanaan inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95).

Pengarah KPDN Terengganu, Mohd Mufsi Lat, berkata hasil pemeriksaan bersama Metrology Corporation Malaysia Sdn. Bhd. (MCM) mendapati semua pam yang diperiksa menunjukkan bacaan dalam julat toleransi dibenarkan mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972.

Katanya, siasatan dijalankan selepas empat aduan diterima di beberapa lokasi seluruh negeri, namun tiada sebarang bukti menunjukkan wujud unsur penipuan atau pengubahsuaian pada meter pam.

“Pemeriksaan dilakukan menggunakan alat penentusahan khas bagi memastikan ketepatan bacaan dan pematuhan piawaian. Berdasarkan hasil semakan, tiada bukti menunjukkan stesen minyak terbabit memanipulasi bacaan meter,” katanya ketika ditemui selepas melakukan pemeriksaan di sebuah stesen minyak di Jakar.

Tambah beliau, sejak Budi95 mula dilaksanakan pada 30 September lalu, sebanyak 164 pemeriksaan dilakukan di seluruh Terengganu, dan setakat ini tiada sebarang pelanggaran peraturan berkaitan program berkenaan dikesan.

Mohd Mufsi turut memaklumkan, pihaknya belum menerima sebarang kes melibatkan penyalahgunaan petrol bersubsidi RON95 oleh warga asing, sekali gus menafikan dakwaan yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini. – Kosmo!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD