NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Anggota JPJ Kini Guna Alat Perakam Badan Ketika Bertugas – Tingkatkan Keselamatan & Ketulusan

Anggota JPJ Kini Guna Alat Perakam Badan Ketika Bertugas – Tingkatkan Keselamatan & Ketulusan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mula menggunakan alat perakam badan (Body-Worn Camera, BWC) dalam operasi penguatkuasaan, terutamanya bagi operasi berisiko tinggi, sebagai langkah memperkukuh keselamatan pegawai dan memastikan ketelusan semasa bertugas.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata penggunaan alat ini juga membolehkan rakaman dijadikan bukti sekiranya berlaku sebarang pertikaian antara anggota penguat kuasa dan orang awam ketika operasi dijalankan.

“Hari ini merupakan hari pertama JPJ menggunakan BWC. Sebanyak 100 unit telah diagihkan dan penggunaannya akan dilaksanakan secara berperingkat, bermula di Ibu Pejabat JPJ Putrajaya yang kerap terlibat dalam operasi khas,” katanya dalam sidang media sempena Ops Khas JPJ Selangorsemalam.

Menurut beliau, lebih separuh daripada jumlah peranti yang diperoleh akan diagihkan kepada JPJ negeri bagi tujuan sama, khususnya untuk digunakan dalam operasi yang melibatkan risiko tinggi.

Dalam masa sama, Aedy Fadly turut memaklumkan bahawa kerajaan telah meluluskan perolehan 60 pucuk senjata api baharu, sebagai tambahan kepada 434 senjata api sedia ada. Langkah ini penting bagi meningkatkan keberkesanan operasi, memperkukuh integriti dan memastikan keselamatan anggota penguat kuasa di lapangan.

“Kerajaan sedar bahawa tugas anggota JPJ berdepan risiko tinggi di lapangan. Senjata api baharu ini dijangka diterima tahun ini, dan perolehan tambahan akan diteruskan tahun hadapan,” jelasnya.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan bahawa 100 unit BWC akan diguna pakai oleh pegawai penguat kuasa JPJ di ibu pejabat dan peringkat negeri dengan peruntukan sebanyak RM2.3 juta bagi fasa pertama pelaksanaan. – Bernama

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy