Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melaporkan bahawa sebanyak 58,490 unit kenderaan telah dijual pada bulan September 2025, menurun berbanding 73,041 unit pada Ogos 2025.
Berbanding dengan September 2024, jualan kenderaan pada September 2025 menunjukkan peningkatan sebanyak 0.2% iaitu sebanyak 139 unit. Untuk bulan kesembilan ini, sebanyak 53,352 unit jualan direkodkan untuk kenderaan penumpang dan 5,138 unit untuk kenderaan komersial.
Bagi produksi kenderaan pula, sebanyak 58,413 unit telah dihasilkan di kilang pemasangan pada September 2025, 5% meningkat berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu 55,383 unit. Untuk bulan kesembilan ini, sebanyak 54,738 unit kenderaan dihasilkan untuk kenderaan penumpang dan 3,675 unit untuk kenderaan komersial.
Setakat September 2025, jumlah jualan kenderaan telah mencapai 579,336 unit, 3% lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu sebanyak 595,883 unit penghantaran.
Menurut persatuan itu, penurunan angka jualan pada bulan lalu disebabkan oleh jumlah hari bekerja yang lebih sedikit pada September berikutan empat hari cuti umum, selain sikap “tunggu dan lihat” dalam kalangan pengguna menjelang pembentangan Belanjawan 2026 — termasuk butiran mengenai rasionalisasi subsidi petrol Budi95.
MAA menjangkakan jualan akan meningkat pada bulan Oktober 2025 memandangkan tiada pengumuman lanjutan pengecualian cukai untuk kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU) yang akan tamat hujung tahun ini.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?