NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Laluan Terus Singapura–Kota Bharu Lonjak Sektor Pelancongan Kelantan

Laluan Terus Singapura–Kota Bharu Lonjak Sektor Pelancongan Kelantan

Sektor pelancongan Kelantan dijangka terus berkembang dengan pelancaran penerbangan terus dari Singapura ke Kota Bharu yang dikendalikan syarikat penerbangan tambang rendah Scoot, anak syarikat kepada Singapore Airlines (SIA).

Menurut Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Datuk Mohd. Izani Ghani, penerbangan dua kali seminggu itu setiap Jumaat dan Ahad. Tempoh perjalanan sekitar 1 jam 15 minit, membuka lebih banyak peluang untuk mempromosikan negeri itu kepada pelancong antarabangsa.

“MAHB mengalu-alukan kehadiran lebih banyak penerbangan antarabangsa ke Kota Bharu. Dengan kemudahan penerbangan baharu ini serta kapasiti Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang kini lebih besar, kami yakin lebih ramai pelancong akan memilih Kelantan sebagai destinasi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan program MYAirportCARES Lestari Seni: Majlis Pemerkasaan dan Pemuliharaan Rebana Ubi serta sambutan penerbangan sulung Scoot dari Singapura ke Kota Bharu di LTSIP, malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan) Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Rosnan Abdul Rahman, dan Ketua Pegawai Operasi Malaysia Airports Sdn. Bhd., Kamaruzzaman Razali.

Mohd. Izani menambah, sekiranya sambutan terhadap laluan itu memberangsangkan, MAHB akan mempertimbangkan untuk menambah lebih banyak destinasi antarabangsa ke Kota Bharu bagi terus memperkukuh sektor pelancongan negeri.

Sumber: Utusan Malaysia

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy