Jepun mungkin antara destinasi yang nampak mudah untuk dilawati, pengangkutan awam cekap, bandar teratur dan banyak tempat menarik untuk diterokai.
Tapi kalau ini merupakan first trip anda ke Jepun, ada beberapa perkara yang elok diketahui terlebih dahulu supaya perjalanan lebih lancar.

Tokyo, Osaka, Kyoto dan Sapporo mungkin nampak dekat apabila dilihat pada peta, tetapi perjalanan antara bandar boleh mengambil masa dan kos yang agak besar.
Sebelum membeli tiket atau menyusun itinerary, tentukan dahulu bandar mana yang benar-benar mahu dilawati.
Kalau masa terhad, lebih baik fokus kepada satu kawasan berbanding cuba mengejar terlalu banyak bandar dalam satu trip.

Walaupun penggunaan kad semakin meluas di Jepun, masih ada perniagaan kecil, mesin atau lokasi tertentu yang lebih mudah menggunakan wang tunai.
Jadi, pastikan anda mempunyai sedikit wang tunai dalam nilai Yen sebagai backup.
Pada masa sama, kad kredit atau kad debit yang sesuai untuk penggunaan antarabangsa tetap berguna untuk kebanyakan perbelanjaan.

Pengangkutan awam Jepun memang terkenal cekap, tetapi untuk first-timer, sistem kereta api dan subway boleh kelihatan agak mengelirukan.
Sebelum keluar, semak:
Tip: Jangan sekadar tengok nama stesen. Semak juga laluan dan nombor platform supaya tidak tersalah arah.

Hotel yang lebih murah tidak semestinya pilihan yang lebih baik jika lokasinya terlalu jauh daripada stesen.
Untuk trip yang banyak berjalan, pilih penginapan yang mempunyai akses mudah ke stesen kereta api atau subway.
Ini mungkin nampak seperti perkara kecil, tetapi boleh menjimatkan banyak masa dan tenaga sepanjang perjalanan.

Ini antara perkara yang first-timer mungkin kurang jangka.
Walaupun sistem pengangkutan awam Jepun sangat baik, anda tetap akan banyak berjalan — dari hotel ke stesen, bertukar laluan, berjalan dalam kawasan tarikan pelancong dan sebagainya.
Jadi, kasut yang selesa memang lebih penting daripada kasut yang sekadar nampak cantik dalam gambar.
Kalau ini trip pertama anda ke Jepun, tak perlu cuba masukkan semua tempat dalam satu perjalanan.
Lebih baik ada masa untuk makan, berjalan tanpa rushing dan menikmati suasana bandar daripada setiap hari mengejar destinasi seterusnya.
Dengan sedikit perancangan awal, pengalaman pertama ke Jepun boleh jadi jauh lebih mudah dan menyeronokkan.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?