NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Proton e.MAS 5: Dalaman Serba Putih, Reka Bentuk Simple Tapi Nampak Mewah

Proton e.MAS 5: Dalaman Serba Putih, Reka Bentuk Simple Tapi Nampak Mewah

Proton e.MAS 5 akhirnya telah rasmi dilancarkan semalam, dengan dua varian ditawarkan untuk pasaran Malaysia dengan harga bermula RM59,800 sehingga RM72,800. Lebih menarik ramai pembeli, Pro-Net turut menawarkan rebat sebanyak RM3,000 kepada semua pembeli yang membuat tempahan sebelum 31 Disember 2025, menjadikan harganya hanya bermula RM56,800 sahaja untuk sebuah EV.

Dalam artikel ini, kita akan kupas lebih dalam tentang ruang kabin dalaman Proton e.MAS 5.

Masuk sahaja ke dalam kabin, untuk orang yang sukakan gaya bersih dan tenang, ini kereta untuk anda. Dengan tema Alabaster White, hampir semua permukaan dari papan pemuka, tempat duduk sampai ke stereng disalut warna putih lembut yang buat ruang nampak luas dan premium.

Kita pergi ke bahagian stereng. Stereng dua jejari e.MAS 5 ini memang nampak moden dan kemas. Logo Proton baharu di tengah bagi sentuhan elegan, manakala di kiri ada kawalan audio dan infotainment dan di kanan pula butang untuk ubah paparan digital serta fungsi bantuan pemanduan. Pegang pun selesa dan ranggi dengan kehadiran 2 tona warna hitam dan putih.

Bahagian tengah pula kelihatan minimalis dengan reka bentuk gear yang bersaiz sederhana dan butang fizikal penting untuk kawalan penyaman udara, lampu amaran dan defogger. Walaupun nampak simple, susunannya buat pemandu senang nak capai semua fungsi tanpa perlu alih pandangan lama dari jalan.

Menariknya, bahagian tengah ni juga ada dua tempat letak cup holder,  satu compartment khas memanjang dan satu lagi compartment khas petak untuk anda letak telefon, dompet atau kunci. Nampak kecil tapi cukup berguna, terutama untuk pemandu wanita.

Untuk pengalaman pemanduan, e.MAS 5 dilengkapi tiga mod berbeza iaitu Normal, Eco dan Sport. Nak jimat bateri boleh pilih Eco, tapi kalau nak rasa lebih agresif dan bertenaga, tukar sahaja ke Sport. Untuk pengalaman pandu uji, kami akan kongsi dalam artikel yang berikutnya.

Adakah dengan semua benda yang ditawarkan ini sudah cukup untuk melawan pesaingnya, Perodua eMO yang akan dilancarkan juga tak lama lagi? Pendapat korang macam mana?

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy