NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Proton e.MAS 5: Skrin 14.6 Inci dan Peta Pengecas Pintar Mudahkan Pemandu EV

Proton e.MAS 5: Skrin 14.6 Inci dan Peta Pengecas Pintar Mudahkan Pemandu EV

Antara yang paling menarik perhatian dalam kabin ialah sistem infotainment baharu dengan skrin besar serta fungsi peta pengecas elektrik bersepadu (integrated charging map) yang direka khas untuk memudahkan pemandu EV di Malaysia.

Di bahagian tengah papan pemuka, e.MAS 5 menampilkan skrin infotainment bersaiz 14.6 inci yang dijalankan menggunakan Atlas OS, sistem operasi pintar Proton. Skrin ini menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, serta didatangkan bersama paparan instrumen pemandu digital 8.8 inci. Kombinasi dua skrin ini memberi suasana futuristik dalam kabin, dengan antara muka yang mesra dan responsif.

Turut disertakan ialah pembantu suara “Hi e.MAS”, yang boleh berfungsi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Dengan hanya arahan suara, pemandu boleh mengawal muzik, navigasi, pendingin hawa, atau mencari stesen pengecas EV berhampiran menerusi peta pengecas langsung (live charging map) yang dipaparkan terus di skrin utama.

Untuk sambungan peranti, e.MAS 5 dilengkapi port USB-A dan USB-C di bahagian hadapan, dengan port tambahan untuk penumpang belakang (USB-A) pada varian Premium. Menariknya, port USB-A depan juga menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto berwayar, jika pengguna ingin guna kabel.

Selain fungsi asas hiburan, sistem Atlas OS juga hadir dengan app store terbina dan integrasi aplikasi e.MAS. Ini membolehkan pengguna membuat semakan lokasi pengecas, pembayaran, serta mengawal fungsi pengecasan terus dari skrin tanpa perlu menggunakan telefon pintar.

Ciri peta pengecas langsung e.MAS 5 turut menyokong data masa nyata (real-time) seperti jenis pengecas, kadar kuasa (kW), serta ketersediaan slot di setiap stesen. Dengan maklumat ini, pemandu boleh merancang perjalanan lebih efisien tanpa perlu membuka aplikasi lain.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD