NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

GWM Malaysia Lancar Ora Good Cat Serba Baharu – Ultra dan GT, Harga Bermula RM107k

GWM Malaysia Lancar Ora Good Cat Serba Baharu – Ultra dan GT, Harga Bermula RM107k

GWM Malaysia telah melancarkan secara rasmi ORA Good Cat Serba Baharu ke dalam pasaran Malaysia. 2 varian sebagai pilihan iaitu ORA Good Cat Ultra pada harga bermula RM109,800 dan ORA Good Cat GT pada harga bermula RM119,800 (atas jalan tanpa insurans).

GWM Malaysia turut menawarkan diskaun RM3,000 untuk pembeli awal yang mendaftar sebelum 31 Disember 2025, menjadikan harganya sekarang hanya bermula RM106,800 dan RM116,800 sahaja.

Model baharu ini hadir dengan warna dua tona baharu iaitu So Blue dengan bumbung hitam, menonjolkan gaya moden dan karakter urban yang sofistikated.

Penawaran warna baharu seperti Hazel Wood Beige, Pistachio Green, serta So Blue (warna baharu) menambahkan daya tarikan model ini, manakala versi GT tampil lebih sporty dengan kit badan eksklusif, rim 18 inci hitam, kemasan kuning dan tempat duduk sport suede dengan jahitan kuning.

Kedua-dua varian kini dikuasakan oleh bateri 57.7 kWh SVOLT LFP, menawarkan jarak pemanduan sehingga 480 km (NEDC) dan pengecasan pantas DC 60kW (30%–80% dalam 38 minit). Ia turut dilengkapi paparan infotainmen 10.25 inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, serta sistem keselamatan Level 2 ADAS dan kamera 360 darjah.

Good Cat Ultra

Good Cat GT

Semua model ORA Good Cat didatangkan dengan jaminan kenderaan 5 tahun/150,000km serta jaminan bateri 8 tahun/180,000km, memberikan ketenangan minda kepada pemilik EV.

Selain itu, mereka turut menganjurkan kempen “Book & Win” dengan hadiah keseluruhan bernilai RM150,000, termasuk baucar tunai dan pelbagai hadiah menarik.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD