NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Pekerja Bergaji Bawah RM1,550 Nikmati Pengangkutan Awam Percuma

Pekerja Bergaji Bawah RM1,550 Nikmati Pengangkutan Awam Percuma

Pekerja sektor swasta di Jakarta yang berpendapatan di bawah 6.2 juta rupiah sebulan (sekitar RM1,550) kini layak menikmati kemudahan pengangkutan awam secara percuma, lapor portal Okezone.

Langkah ini membolehkan mereka menggunakan perkhidmatan bas Transjakarta, tren MRT Jakarta serta LRT tanpa bayaran, selaras dengan pelaksanaan Peraturan Gabenor Nombor 33 Tahun 2025 mengenai Perkhidmatan Pengangkutan Awam Massa bagi Kumpulan Tertentu.

Ketua Jabatan Pengangkutan Jakarta, Syafrin Liputo, menjelaskan bahawa pendaftaran dan pengesahan penerima manfaat akan dijalankan secara berkala bagi memastikan subsidi hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak.

“Tempoh kelayakan akan berterusan selagi penerima masih tersenarai sebagai pemegang Kad Pekerja Jakarta. Namun, semakan dan kemas kini data akan dibuat setiap enam bulan bagi memastikan ketelusan dalam pemberian subsidi,” katanya.

Langkah ini dilihat sebagai usaha kerajaan Jakarta untuk meringankan beban kos sara hidup pekerja berpendapatan rendah sambil menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di bandar raya tersebut. – Kosmo!

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy