Seorang wanita berusia 31 tahun maut selepas dirempuh sebuah lori ketika sedang menukar tayar keretanya di KM260.6 Lebuhraya Utara–Selatan arah selatan, pagi semalam.
Dalam kejadian sekitar 9.20 pagi, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat penapis air dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja di Senawang apabila tayar belakang kanan Proton X50 yang dipandunya pancit. Dia kemudian berhenti di lorong kecemasan untuk menukar tayar.
Rakan sekerjanya, Nur Affiqah Jamran, berkata mereka mula pelik apabila mangsa tidak hadir mesyuarat pagi itu.
“Rakan serumah dia telefon beritahu berlaku kemalangan. Bila kami sampai, jenazahnya sudah ditutup dengan kain putih,” katanya.
Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Azahar Abdul Rahman, memaklumkan siasatan awal mendapati sebuah lori kontena Volvo yang datang dari lorong kiri dipercayai bergesel dengan mangsa ketika dia berada di luar kereta.
Mangsa cedera parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat dibawa ke Hospital Rembau untuk bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Saksi atau individu yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di 019-4611794 atau tampil ke balai polis berhampiran. – Harian Metro
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?