NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Jualan Kenderaan Baharu pada Oktober 2025 Meningkat 30 Peratus – MAA

Jualan Kenderaan Baharu pada Oktober 2025 Meningkat 30 Peratus – MAA

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melaporkan bahawa sebanyak 75,992 unit kenderaan telah dijual pada bulan Oktober 2025, meningkat berbanding 58,490 unit pada September 2025.

Berbanding dengan Oktober 2024, jualan kenderaan pada Oktober 2025 menunjukkan peningkatan sebanyak 6iaitu sebanyak 4,307 unit. Untuk bulan kesepuluh ini, sebanyak 70,321 unit jualan direkodkan untuk kenderaan penumpang dan 5,671 unit untuk kenderaan komersial.

Bagi produksi kenderaan pula, sebanyak 65,226 unit telah dihasilkan di kilang pemasangan pada Oktober 2025, 9% menurun berbanding berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu 71,878 unit. Untuk bulan kesepuluh ini, sebanyak 61,192 unit kenderaan dihasilkan untuk kenderaan penumpang dan 4,034 unit untuk kenderaan komersial.

Setakat Oktober 2025, jumlah jualan kenderaan telah mencapai 655,328 unit, 2% lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu sebanyak 667,568 unit penghantaran.

MAA menjangkakan jualan akan meningkat pada bulan November 2025 memandangkan tiada pengumuman lanjutan pengecualian cukai untuk kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU) yang akan tamat hujung tahun ini.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy