Isuzu Lancar Pusat 4S Baharu di Balakong – Jualan, Servis & Body Repair bawah satu bumbung

Isuzu Lancar Pusat 4S Baharu di Balakong – Jualan, Servis & Body Repair bawah satu bumbung

Isuzu Malaysia membuka satu lagi fasiliti baharu di Lembah Klang, sebuah pusat 4S lengkap yang menawarkan jualan kenderaan baharu, servis selepas jualan serta kemudahan baik pulih badan dan cat dalam satu lokasi.

Pusat 4S yang dikendalikan SV Prestige Auto ini terletak di Balakong, betul-betul menghadap Kajang Dispersal Link Highway. Ini adalah pusat 4S Isuzu milik pengedar yang ketiga dalam kawasan Lembah Klang.

Majlis pembukaan dirasmikan oleh CEO Isuzu Malaysia, Tomoyuki Yamaguchi, yang berkata pusat baharu ini dibina untuk meningkatkan pengalaman pemilik Isuzu, sambil memastikan pelanggan dapat menikmati servis yang lengkap dan lebih mudah diakses.

Menggunakan Corporate Identity (CI) baharu Isuzu, pusat ini berdiri di atas tapak industri ringan yang strategik dan menyediakan barisan penuh Isuzu D-Max serta trak komersial untuk pelanggan.

Dalam showroom, dua unit pameran membolehkan pelanggan merasai sendiri kenderaan, pilih spesifikasi dan warna melalui paparan digital, dan mencuba simulator VR untuk melihat kemampuan off-road serta ciri keselamatan D-Max.

Bahagian servis pula mampu menerima hingga enam kenderaan pada satu masa, sesuai untuk servis cepat. Menariknya, pusat ini juga dilengkapi mesin alignment sendiri dan bilik cat penuh untuk membolehkan kerja-kerja baik pulih dilakukan terus di lokasi.

Bahagian Body & Paint (B&P) di sini turut diiktiraf oleh beberapa syarikat insurans utama dan kini berada dalam panel lima syarikat terbesar. Mereka juga sedang menunggu kelulusan untuk menjalankan kerja baik pulih kemalangan besar memandangkan peralatan dan latihan sudah lengkap.

Pengarah Urusan SV Prestige Auto, Ryan Tham, berkata pembukaan pusat ini adalah hasil sokongan Isuzu dan para pelanggan, dan berharap fasiliti baharu ini dapat memberikan pengalaman lebih selesa dan mesra kepada semua pemilik Isuzu.

Pusat 4S SV Prestige Auto Isuzu terletak di Lot 1917-B, Jalan KPB 7, Kawasan Perindustrian Kampung Baru Balakong. Showroom dibuka setiap hari manakala pusat servis beroperasi Isnin hingga Sabtu.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD