Ford meneruskan komitmen globalnya terhadap tanggungjawab sosial melalui inisiatif ‘Ford Building Together’, yang sudah menjadi sebahagian daripada identiti jenama itu selama lebih 122 tahun.
Di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion-Ford (SDAC-Ford) melaksanakan kempen 11 hari yang memberi manfaat kepada 600 penerima daripada komuniti rentan di Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuantan. Bantuan yang disalurkan merangkumi bekalan makanan asas dan perkhidmatan kesihatan, dijayakan oleh 55 sukarelawan Ford.

Auto ConneXion selaku pengedar tunggal Ford di Malaysia menyasarkan bantuannya kepada golongan B40, individu kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, Asnaf Fakir dan Miskin serta komuniti Orang Asli.

Agihan bantuan mengikut negeri adalah seperti berikut:
Lembah Klang: 200 penerima daripada komuniti B40, Asnaf dan OKU di Pangsapuri Putra Ria & Abdullah Hukum.
Pulau Pinang: 100 penerima daripada komuniti B40 dan Asnaf di George Town & Jalan Patani.
Ipoh: 150 penerima termasuk ibu tunggal, B40 dan Asnaf di Sungai Rokam.
Kuantan: 150 penerima daripada komuniti Orang Asli di Kampung Paya Bungor, Gambang.
Menurut Jane Holloway, Pengurus Kanan Ford Philanthropy, misi Ford bukan sekadar menghasilkan kenderaan berkualiti tetapi juga memberi impak positif kepada masyarakat global.
Salah satu elemen utama kempen tempatan ialah Ford Mobile Clinic, yang dilancarkan pada Februari lalu hasil kerjasama Auto ConneXion-Ford, Yayasan Sime Darby, Ford Philanthropy dan MyFundAction. Pasukan klinik bergerak ini menghantar petugas perubatan ke semua lokasi terlibat bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan asas, termasuk di kawasan luar bandar.

Pengarah Urusan Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair Nahason Affan berkata inisiatif ini menggambarkan komitmen syarikat terhadap keperluan masyarakat tempatan melalui gabungan kepakaran pekerja Ford, sokongan rangkaian pengedar serta kerjasama NGO.
Beliau turut menyatakan penghargaan terhadap semua sukarelawan, kakitangan dan rakan strategik yang menyumbang masa dan tenaga bagi menjayakan program berkenaan.
Kempen di Malaysia ini adalah sebahagian daripada Global Caring Month, program sukarelawan tahunan Ford Philanthropy. Usaha tempatan ini turut menyumbang kepada pencapaian “World’s Largest Auto Dealer Food Drive” di bawah inisiatif Ford Building Together — melibatkan lebih 1,600 pengedar Ford di 31 negara dan berjaya mengumpulkan lebih 907,000 kg makanan, jauh melepasi sasaran asal 500,000 kg.
Program ini meneruskan tradisi SDAC-Ford dalam menyokong komuniti, termasuk projek sebelum ini seperti Clean Water Project di Gerik dan Operation Better World di Kuala Lumpur.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?