Penyanyi dan pelakon Nabila Razali menerima hadiah sebuah Jetour Dashing daripada suaminya, Nik Iruwan Nik Izani, sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-33.
Menurut Nabila, dia sebenarnya hanya bergurau ketika memuat naik di Instastory tentang kereta tersebut, dan tidak menyangka permintaan selorohnya itu benar-benar ditunaikan.
“Saya saja main-main post di Instastory… tak sangka betul-betul dapat! Alhamdulillah, terima kasih sayang,” katanya.
Jetour Dashing yang diterimanya itu merupakan SUV segmen-C yang baru dilancarkan di Malaysia. Model ini hadir dalam dua varian utama iaitu Comfort dan Prime, dengan harga bermula sekitar RM109,800 hingga RM116,800, bergantung kepada spesifikasi.
Ia dikuasakan enjin 1.5 liter turbo yang menghasilkan sekitar 156 PS dan 230 Nm tork, dipadankan dengan transmisi DCT enam kelajuan yang menghantar kuasa ke roda hadapan. Selain reka bentuk bergaya dengan garisan coupe-fastback, ia turut menampilkan ciri moden seperti lampu LED penuh, kabin serba digital, serta ruang dalaman yang luas.
Dalam hantaran di Threads, Nabila turut menzahirkan rasa syukur dan mendoakan kesejahteraan suaminya. Dia memohon agar suaminya sentiasa dipermudahkan urusan, diberi kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki, serta semoga segala usaha dan penat lelah suaminya diganjari dengan kebaikan. Hadiah ini bukan sahaja mengejutkan dirinya, tetapi menjadi momen yang cukup bermakna buat pasangan tersebut.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?