Proton Saga serba baharu kini menerima pengiktirafan keselamatan 4-bintang ASEAN NCAP dengan skor keseluruhan 66.70 mata, selepas laporan penuh penilaian terbaharu itu dikeluarkan susulan pengumumannya di majlis perasmian SHIFT 2025 pada 28 Oktober lalu.
Di bawah protokol ketat ASEAN NCAP 2021–2025, Saga mencatat 29.65 mata dalam Perlindungan Pengguna Dewasa (AOP), 14.97 mata dalam Perlindungan Kanak-Kanak (COP), 13.33 mata untuk Bantuan Keselamatan (SA) dan 8.75 mata dalam kategori Keselamatan Penunggang Motosikal (MS).
Proton melengkapkan Saga baharu dengan peralatan keselamatan standard merentasi semua varian, termasuk dua beg udara, ESC, ABS, sistem peringatan tali pinggang keledar untuk pemandu dan penumpang hadapan serta ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak.
Teknologi bantuan pemandu yang lebih canggih seperti AEB City, AEB Inter-Urban, AEB Motosikal, Blind Spot Detection, Forward Collision Warning, Lane Departure Warning dan Auto High Beam turut ditawarkan pada varian lebih tinggi.
Penilaian ini dibuat berdasarkan protokol ujian ASEAN NCAP 2021–2025, yang bakal digantikan dengan protokol baharu bermula Januari 2026 nanti yang akan memberi penekanan lebih besar terhadap sistem bantuan pemandu (ADAS).
Menariknya, ASEAN NCAP kini menggunakan sistem penarafan tunggal untuk setiap model, berbeza dengan pendekatan terdahulu yang memberi markah berbeza mengikut varian.
Sebagai contoh, Perodua Bezza pada tahun 2016 mendapat lima bintang untuk varian AV tetapi empat bintang bagi varian lain kerana kekurangan fungsi peringatan tali pinggang keledar dan kawalan kestabilan. Begitu juga dengan Nissan Almera (Jun 2025) yang hanya memperoleh empat bintang kerana tiada peringatan tali pinggang penumpang hadapan.
Terbaharu, Proton telah pun melancarkan secara rasmi model paling laris mereka, Saga Serba Baharu dan mengumumkan harga rasminya yang bermula dari RM37,990 untuk varian Standard, RM43,990 untuk varian Executive dan RM48,990 untuk varian Premium.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?