Kuala Lumpur, 4 Disember 2025 – Honda Malaysia meraikan sambutan ulang tahun ke-25 syarikat dengan mengumumkan dua pemenang bertuah pertama bagi kempen “Because of You”. Pada majlis penghargaan khas yang diadakan, syarikat menyerahkan hadiah utama berupa sebuah City Hatchback RS dan sebuah WR-V RS kepada dua pelanggan bertuah.
Pemenang City Hatchback RS, Encik Chin Boon Hao dari Perak,

terpilih selepas membeli sebuah Civic RS berwarna Platinum White Pearl. Menurut beliau, memiliki Civic merupakan impiannya sejak dulu kerana reka bentuknya yang menawan dan prestasi mantap. “Saya terkejut bila diberitahu saya menang – ingatkan panggilan scam! Kini saya tak sabar nak pandu kedua-dua kereta Honda saya dan rasai pengalaman berbeza,” katanya.
Sementara itu, pemenang WR-V RS, Puan Avis Ou Xiao Qian,

tidak dapat hadir dan diwakili oleh suaminya, Encik Liew Jeng Siong yang terbang dari Sarawak untuk menerima hadiah bagi pihaknya. Beliau memilih CR-V sebagai kereta keluarga kerana keselesaan, ruang luas dan reka bentuk elegan. “Saya tak sangka pembelian CR-V turut ‘membawa pulang’ sebuah lagi SUV Honda untuk keluarga kami,” katanya.
Kedua-dua hadiah tersebut merupakan sebahagian daripada enam hadiah utama yang ditawarkan dalam kempen Ulang Tahun ke-25 Honda Malaysia.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?