(Gambar Concept Daripada Theottle)
Perodua sah mengesahkan SUV kompak segmen-B terbaru, Traz (D66B) akan dilancarkan esok, 17 Disember. Syarikat turut berkongsi imej acah yang menampilkan siluet dan beberapa rekaan hadapan model ini, memberikan bayangan jelas tentang rupa sebenarnya.
Dibina atas Daihatsu New Global Architecture (DNGA-B), Traz hadir dengan dua varian – X dan H – serta lima pilihan warna termasuk Garnet Red, Glittering Silver, Ivory White, Electric Blue dan Granite Grey. Varian H juga ditawarkan dalam dwi tona bumbung hitam untuk beberapa warna tertentu.

(Gambar Concept Daripada Theottle)
SUV ini dikuasakan oleh enjin 1.5L Dual VVT-i dengan 78 kW kuasa dan 138 Nm tork, digandingkan bersama Dwi-Mod CVT (D-CVT). Dalaman menampilkan panel soft touch dengan aksen merah, panel meter analog, dan semua varian dilengkapi brek parkir elektronik (EPB).
Ciri keselamatan juga lengkap, termasuk kamera 360°, bukaan but automatik dengan kick sensor, sistem henti-mula, dan ADAS Tahap 2. Kembarnya, Toyota Yaris Cross, baru-baru ini menerima 5-Bintang ASEAN NCAP, jadi Traz dijangka turut menepati piawaian tinggi sama.
Harga dijangka RM4,000–RM5,000 lebih tinggi daripada Ativa varian AV, menjadikannya pilihan menarik bagi yang mahukan SUV kompak penuh gaya dan teknologi.
Sumber: FUNTASTICKO
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?