Kemasukan General Tire ke pasaran Malaysia bukan sekadar pelancaran biasa, sebaliknya disertai dengan demonstrasi prestasi sebenar yang cukup meyakinkan menerusi sesi pandu uji eksklusif di Subang Skypark. Dalam acara ini, General Tire jelas menunjukkan kemampuan tayarnya yang bukan sahaja kompetitif, malah mengagumkan dalam pelbagai situasi pemanduan.

Sesi dimulakan dengan ujian Auto Khana / Gymkhana, satu ujian yang menuntut tahap cengkaman, kestabilan dan kawalan stereng yang tinggi. Sepanjang laluan yang dipenuhi selekoh tajam, pusingan U-turn dan perubahan arah mendadak, tayar General Tire mempamerkan grip yang konsisten dan kawalan yang sangat meyakinkan, membolehkan pemandu mengekalkan kelajuan tanpa rasa hilang kawalan. Respon tayar yang pantas menjadikan pemanduan lebih yakin dan tepat, sekaligus membuktikan keupayaan sebenar tayar ini dari sudut pengendalian.

Ujian seterusnya memberi fokus kepada aspek paling kritikal dalam keselamatan, iaitu prestasi membrek. Dalam ujian di jalan kering, tayar General Tire menunjukkan jarak membrek yang pendek dan stabil walaupun dari kelajuan yang ditetapkan. Lebih mengagumkan, prestasi tersebut diteruskan dalam ujian di jalan basah, di mana air disembur bagi mensimulasikan keadaan hujan. Dalam situasi ini, tayar General Tire masih mampu memberikan cengkaman yang kuat, kawalan yang terjaga serta keyakinan maksimum ketika membrek, satu kelebihan besar untuk pemanduan harian di Malaysia yang sering berdepan cuaca hujan.
Bagi membuktikan kesesuaian untuk kegunaan sebenar, peserta turut dibawa memandu di jalan raya awam dan lebuh raya menggunakan beberapa model kenderaan berbeza. Sepanjang pemanduan ini, tayar General Tire menyerlah dari segi kesenyapan, keselesaan dan kestabilan pada kelajuan tinggi, menjadikannya bukan sahaja sesuai untuk pemanduan agresif, malah sangat praktikal untuk kegunaan harian.

Walaupun General Tire mungkin baharu di pasaran tempatan, jenama ini sebenarnya memiliki pengalaman lebih 100 tahun dan berasal dari Amerika Syarikat. Kini berada di bawah kumpulan Continental, General Tire membawa DNA kejuruteraan berkualiti tinggi, namun diposisikan sebagai jenama lebih mampu milik berbanding tayar premium Continental.

Untuk pasaran Malaysia, General Tire menawarkan saiz tayar sekitar 15 hingga 19 inci, meliputi kebanyakan kenderaan penumpang. Antara kekuatan utama yang ditonjolkan ialah mileage yang tinggi, digabungkan dengan prestasi jalan basah yang cemerlang, tahap bunyi yang rendah serta keselesaan pemanduan yang baik — satu kombinasi yang jarang diperoleh dalam kategori harga mampu milik.
Secara keseluruhan, sesi pandu uji ini berjaya membuktikan bahawa General Tire bukan sekadar jenama baharu, tetapi satu pilihan serius untuk pengguna yang mahukan tayar berprestasi tinggi, selamat dan tahan lama. Dengan prestasi yang ditunjukkan, General Tire jelas bersedia mencabar jenama-jenama sedia ada di pasaran Malaysia.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?