Laluan KL–Kuantan Di Gambang Tidak Boleh Dilalui Kenderaan Ringan Akibat Banjir

Laluan KL–Kuantan Di Gambang Tidak Boleh Dilalui Kenderaan Ringan Akibat Banjir

KUANTAN – Laluan utama Jalan Kuala Lumpur–Kuantan berhampiran persimpangan lampu isyarat Gambang ditutup sementara kepada kenderaan ringan susulan paras air banjir yang meningkat di kawasan berkenaan, hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman memaklumkan, penutupan melibatkan laluan sepanjang kira-kira 250 meter yang ditenggelami air, sekali gus menjejaskan pergerakan trafik.

Menurut beliau, papan tanda amaran telah dipasang bagi memaklumkan pengguna jalan raya mengenai penutupan tersebut, selain menasihatkan orang ramai menggunakan laluan alternatif melalui Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1).

“Keadaan cuaca masih hujan dan pemantauan berterusan sedang dilakukan, khususnya di kawasan yang terjejas akibat kenaikan paras air,” katanya.

Sumber: KOSMO

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD