NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Jadual TTA Balik Kampung Aidilfitri 2026

Jadual TTA Balik Kampung Aidilfitri 2026

Jadual TTA balik kampung Aidilfitri 2026 kini telah diaktifkan oleh AFA PRIME Berhad sebagai sebahagian daripada strategi pengurusan trafik komprehensif bagi mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) sempena perayaan tahun ini.

Langkah proaktif ini bertujuan melancarkan aliran trafik di lokasi kritikal yang menjadi laluan utama ke Pantai Timur, khususnya di Plaza Tol Gombak, Bentong dan Karak.

Pengguna lebuh raya disaran merancang perjalanan mengikut jadual TTA yang ditetapkan bagi dua fasa utama, fasa balik kampung pada 19 dan 20 Mac, serta fasa kembali ke bandar pada 23, 28 dan 29 Mac.

Bagi perjalanan dari Kuala Lumpur dan Selangor ke Pahang, waktu cadangan masuk adalah antara jam 8 pagi hingga 11 pagi, atau 12 tengah hari hingga 4 petang.

Manakala bagi perjalanan ke Terengganu dan Kelantan, waktu yang dicadangkan ialah antara jam 9 pagi hingga 12 tengah hari, atau 8 malam hingga 11 malam.

Untuk perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, pengguna dari Pahang disaran memasuki lebuh raya antara jam 7 pagi hingga 10 pagi atau 7 malam hingga 11 malam.

Pengguna dari Terengganu dan Kelantan pula dicadangkan memasuki lebuh raya antara jam 10 pagi hingga 1 tengah hari, 4 petang hingga 8 malam, atau 9 malam hingga 12 tengah malam.

Penunggang motosikal turut digalakkan memanfaatkan waktu perjalanan bebas sesak antara jam 12 tengah malam hingga 6 pagi bagi menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selamat sepanjang musim perayaan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif AFA PRIME Berhad, Ahmad Faizi Latifi Ahmad Faiz menegaskan kepentingan mematuhi jadual TTA yang ditetapkan.

Beliau berkata pematuhan terhadap TTA bukan sahaja membantu melancarkan trafik, malah mewujudkan persekitaran pemanduan yang lebih selamat dan kurang tekanan buat semua pengguna jalan raya.

Selain TTA, AFA PRIME turut memastikan semua kemudahan lebuh raya berada pada tahap optimum dengan menempatkan unit rondaan dan pasukan tindak balas kecemasan di lokasi strategik sepanjang tempoh perayaan.

Pengguna kenderaan ringan juga dinasihatkan mengelakkan waktu puncak bas ekspres di Plaza Tol Gombak iaitu antara jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari dan 9.30 malam hingga 12 tengah malam bagi mengurangkan kesesakan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi LPT-Line di talian 1-700-818-700 atau mengikuti kemas kini masa nyata di platform X menerusi akaun @LPTTrafik.

Sumber : Sinar Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    2.5 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD