Kuasa pasport malaysia kini berada pada tahap yang sangat membanggakan apabila rakyat kita terus diberikan kemudahan akses tanpa visa ke lebih banyak destinasi unik di seluruh dunia.
Ramai yang terlepas pandang bahawa pasport merah kita sebenarnya sudah menjadi kunci kepada beberapa destinasi ‘hidden gem’ yang menawarkan pengalaman luar biasa tanpa perlu pening kepala memikirkan urusan birokrasi kedutaan.
Bagi pengembara tegar, perkembangan kuasa passport Malaysia ini adalah satu peluang emas untuk menerokai negara-negara yang selama ini dianggap sukar untuk dilawati, namun kini sudah membuka pintu seluas-luasnya untuk kita.

Kalau korang nak rasa seperti dalam cerita Aladdin dan senibina Islam yang sangat teliti, Uzbekistan adalah jawapannya.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Uzbekistan makin mesra dengan rakyat Malaysia. Bandar-bandar seperti Samarkand dan Bukhara bukan sahaja cantik untuk Instagram, tapi kos sara hidup di sini juga tersangatlah murah. Nak makan lamb chop gergasi dengan harga warung? Di sini tempatnya!
Kini terdapat penerbangan terus dari KL ke Tashkent melalui AirAsia X atau Uzbekistan Airways. Harga sekitar RM2,400 hingga RM3,200 (pergi dan balik).
Tetapi, bajet untuk makan di sana sangat murah! Anda boleh makan mewah dengan RM30. Untuk bajet harian seperti hotel, makan dan transport, anda perlu sediakan sekitar RM150 – RM200 sehari.

Bagi yang nak rasa suasana bandar yang moden tapi dikelilingi pergunungan salji yang gah, Kazakhstan adalah pilihan tepat.
Bandar Almaty menawarkan pemandangan seakan-akan Switzerland tapi dengan harga yang jauh lebih mesra poket. Dengan kuasa passport Malaysia, anda boleh terbang terus dan nikmati keindahan Tasik Kaindy yang sangat ikonik itu tanpa sebarang halangan visa.
Bukan itu sahaja, makanan halal juga sangat mudah untuk didapati. Jadi, bagi pelancong Muslim tidak perlu risau.
AirAsia X kerap menawarkan promo ke Almaty dengan harga sekitar RM2,000 hingga RM2,800.
Tetapi kalau anda mahu lebih jimat, boleh pergi dengan agensi pelancongan. Kebanyakan pakej ke Almaty boleh didapati dalam lingkungan harga RM5500 kebawah untuk 10 hari!
Bajet yang anda perlu sediakan di sana ialah sekitar RM200 hingga RM300 kerana kos sara hidup di sana ialah sederhana.
Tapi jangan khawatir, pengangkutan awam dan aplikasi e-hailing (Yandex) di sini tersangatlah murah.

Ramai orang Malaysia sibuk ke Croatia, tapi tak ramai yang tahu jiran sebelahnya, Montenegro, jauh lebih tenang dan bajet. Negara ini menawarkan pemandangan teluk (fjord) yang memukau dan pekan lama zaman pertengahan yang sangat estetik.
Ia adalah destinasi mewah bagi mereka yang tahu menghargai keindahan alam tanpa gangguan lautan pelancong.
Akan tetapi, tidak ada penerbangan terus untuk ke Montenegro, jadi anda perlu transit melalui Istanbul (Turkish Airlines) atau Doha. Harga tiket penerbangan sekitar RM4,200 hingga RM5,500.
Bajet yang anda perlu sediakan lebih murah dari Eropah Barat. Bajet harian sekitar RM350 hingga RM450. Anda boleh dapatkan penginapan di pangsapuri yang cantik dengan harga sekitar RM200 semalam.

Tidak lengkap senarai ini tanpa menyentuh China. Walaupun fokus kita adalah mencari kelainan, destinasi seperti Chengdu dan Harbin kekal sebagai bukti betapa passport merah kita memudahkan pengembaraan tanpa sempadan.
Anda boleh terbang terus dari Kuala Lumpur ke Chengdu untuk merasai vibes santai bersama panda sambil menghirup kuah hotpot yang pedas menyengat, atau terus ke Harbin pada musim sejuk untuk menyaksikan festival ais gergasi yang seolah-olah membawa korang masuk ke dunia Narnia.
Dengan kekerapan penerbangan yang tinggi daripada syarikat seperti AirAsia X dan Malaysia Airlines dengan harga tiket sekitar RM800 hingga RM1,600, serta kos sara hidup harian yang masih mesra poket, sekitar RM150 hingga RM250 sehari, China adalah pilihan terbaik untuk anda rasai sendiri nikmat melancong tanpa beban visa.

Nak lari terus dari kesibukan bandar? Mongolia kini makin terbuka untuk pelancong Malaysia. Bayangkan korang tidur dalam Ger (khemah tradisional) di tengah-tengah padang rumput yang luas sambil melihat ribuan bintang di langit malam.
Ini adalah pengalaman yang korang takkan dapat di tempat lain, dan passport kita memudahkan segalanya.
Untuk ke Mongolia, anda perlu transit melalui Seoul atau Hong Kong. Harga tiket sekitar RM3,500 hingga RM4,800.
Kebanyakan pelancong akan mengambil pakej pemandu pelancong tempatan yang harganya sekitar RM300 hingga RM500 sehari termasuk makan, transport, dan penginapan dalam khemah.
Kalau anda mahu lebih banyak tips travel yang menarik, jangan lupa follow @terpalingtravel di TikTok!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?