Syarikat penerbangan Belanda, Royal Dutch Airlines KLM mengumumkan pembatalan penerbangan KLM membabitkan 160 jadual di Eropah bulan hadapan ekoran faktor kenaikan kos bahan api, lapor Anadolu Ajansi pada Khamis lalu.
Menerusi kenyataan media, pihak KLM menjelaskan bahawa syarikat terpaksa melakukan beberapa pelarasan terhadap jadual penerbangan mereka bagi tempoh bulan hadapan.
“Ini membabitkan sejumlah kecil penerbangan dalam Eropah yang pada masa ini tidak lagi berdaya maju dari segi kewangan untuk diteruskan berikutan kenaikan kos,” menurut kenyataan itu.
Jelas KLM, tiada sebarang isu kekurangan bekalan bahan api jet berlaku, sebaliknya pembatalan 80 penerbangan pergi balik ke Lapangan Terbang Schiphol di Belanda itu hanya mewakili kurang satu peratus operasi Eropah bagi tempoh tersebut.
Pihak syarikat menjangkakan jumlah pergerakan penumpang akan meningkat menjelang cuti Mei dan kini sedang mengambil langkah proaktif bagi menjamin setiap penumpang tiba ke destinasi masing-masing seperti dijadualkan.
Ketegangan yang semakin memuncak ekoran konflik di Iran telah meningkatkan kos operasi syarikat penerbangan di seluruh dunia, sekali gus memaksa pelarasan jadual dan pembatalan penerbangan oleh beberapa pengendali lain kebelakangan ini.
Sumber: Harian Metro
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?