NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Wanita Jangan Solo Travel Dekat 5 Negara Ini

Wanita Jangan Solo Travel Dekat 5 Negara Ini

Rakyat Malaysia memang terkenal sebagai kaki melancong. Pantang ada cuti panjang atau tiket murah, pasti penuh media sosial dengan gambar pemandangan, gambar makanan. 

Namun, buat kaum hawa, tidak semua destinasi yang nampak cantik dalam video TikTok itu selamat sepenuhnya. Memahami negara bahaya untuk wanita travel bukan bermaksud kita memboikot destinasi tersebut, tetapi lebih kepada persiapan mental supaya kita tidak tertampar dengan realiti yang pahit.

Bagi wanita yang merancang percutian solo atau berkumpulan, ada beberapa negara yang memang kegemaran kita, tapi sebenarnya boleh mendatangkan keburukan dari keseronokkan.

1. India

India sentiasa menjadi destinasi pilihan peminat sejarah dan kaki borong kain sari. Namun, hakikatnya India kekal dalam senarai negara bahaya untuk wanita travel kerana isu gangguan seksual seperti catcalling yang sangat agresif. 

Jika anda mengembara tanpa teman lelaki atau pemandu arah yang dipercayai, anda mungkin akan merasa rimas dengan pandangan lelaki tempatan dan cubaan menyentuh secara fizikal di kawasan sesak.

2. Mesir

Mesir adalah destinasi impian ramai untuk melihat keajaiban dunia. Walau bagaimanapun, pengembara wanita sering melaporkan gangguan lisan yang tidak henti-henti. 

Dari kawasan Giza ke pasar Khan el-Khalili, ‘scammer’ dan lelaki tempatan selalunya tidak akan mengambil jawapan ‘tidak’ dengan mudah. Bagi wanita solo, ini boleh menjadi pengalaman yang sangat meletihkan mental.

3. Perancis

Siapa sangka, kota cinta ini ada sisi gelapnya tersendiri. Paris sangat popular untuk rakyat Malaysia yang mahu bergambar di Menara Eiffel. Namun, Paris sebenarnya dikategorikan sebagai negara bahaya untuk wanita travel dari segi jenayah jalanan.

Sindiket seluk saku dan gangguan di dalam tren bawah tanah (Metro) terhadap wanita Asia sangat tinggi. Malah, ada kawasan tertentu seperti Arrondissement sangat tidak digalakkan untuk jejakkan kaki pada waktu malam.

4. Turki

Turki memang cantik dan makanan di sana sangat sesuasi dengan tekak kita. Tetapi, wanita solo sering menjadi sasaran penipuan terancang.

Lelaki tempatan di kawasan pelancongan biasanya sangat peramah, namun keramahan itu kadangkala ada udang di sebalik batu, sama ada untuk menipu harga barang atau membawa anda ke tempat yang tidak selamat.

5. Vietnam

Walaupun Vietnam secara amnya mesra pelancong, kes ragut telefon dan beg di bandar besar seperti Ho Chi Minh adalah sangat serius. 

Pengembara wanita sering menjadi sasaran mudah penjenayah bermotosikal. Sekali anda leka melihat Google Maps di tepi jalan, sekelip mata barang berharga anda boleh lesap.

Kalau anda mahu lebih banyak tips travel yang menarik, jangan lupa follow @terpalingtravel di TikTok!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD