Harga Baharu BMW iX1 eDrive20L M Sport Diumumkan: ‘Wheelbase’ Panjang Kini Lebih Luas Dan Premium!

Harga Baharu BMW iX1 eDrive20L M Sport Diumumkan: ‘Wheelbase’ Panjang Kini Lebih Luas Dan Premium!

KUALA LUMPURBMW Group Malaysia nampaknya tidak membuang masa dalam mengukuhkan dominasi mereka dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) premium tempatan. Pengumuman harga jualan rasmi bagi jentera Sport Utility Vehicle (SUV) compact paling popular, BMW iX1 eDrive20L M Sport serba baharu, kini melengkapkan portfolio “Power of Choice” jenama tersebut. Apa yang paling mencuri tumpuan adalah perubahan dimensinya yang sangat drastik di mana BMW telah memanjangkan jarak antara tayar (wheelbase) sebanyak 110 mm, sekaligus menjadikan panjang keseluruhan jentera ini bertambah sebanyak 116 mm. Perubahan ini bukan sekadar gimik kosmetik kerana ia memberikan impak besar kepada keluasan ruang dalaman dengan tambahan 81 mm ruang kaki dan 107 mm ruang lutut bagi memastikan penumpang belakang boleh berehat dengan lebih selesa tanpa rasa sempit. Seperti yang sering ditekankan oleh Nazz Abdullah, dalam segmen EV kompak, ruang adalah kemewahan paling dicari oleh pengguna berkeluarga di Malaysia, dan BMW berjaya “tapau” permintaan itu dengan varian L ini.

Bukan sekadar menawarkan ruang yang lebih luas, BMW iX1 eDrive20L M Sport ini turut dibekalkan dengan teknologi bateri yang sangat efisien bagi membolehkan jarak pemanduan elektrik mencecah sehingga 433 km mengikut kitaran WLTP. Bagi memastikan jentera ini sentiasa berada dalam keadaan optimum, BMW memperkenalkan sistem Penjagaan Proaktif BMW yang menggunakan sensor masa nyata untuk memantau keadaan kenderaan secara berterusan. Sistem pintar ini akan menghantar notifikasi automatik melalui aplikasi My BMW atau iDrive sekiranya terdapat potensi isu kerosakan sebelum ia menjadi lebih serius. Ketenangan fikiran pemilik turut diperkasakan melalui program Servis & Pembaikan Inklusif BMW (BSRI) selama enam tahun tanpa had perbatuan untuk komponen servis utama, sekaligus membuktikan komitmen BMW terhadap kualiti perkhidmatan jangka panjang mereka.

Komitmen BMW terhadap kebajikan pemilik EV dorang juga berada pada tahap yang sukar digugat oleh pesaing lain dalam segmen yang sama. Selain daripada jaminan bateri voltan tinggi selama lapan tahun, pemilik turut menerima sokongan Bantuan Tepi Jalan BMW yang merangkumi sokongan kecemasan 24 jam dan perkhidmatan tunda. Lebih menarik, sekiranya berlaku kecemasan yang tidak dijangka ketika dalam perjalanan, pakej ini turut menyediakan kemudahan kereta ganti dan penginapan hotel bagi memastikan perjalanan pemilik tidak tergendala begitu sahaja. Ini adalah satu standard premium yang menunjukkan betapa seriusnya BMW dalam menjaga ekosistem pengguna mereka di Malaysia melalui tawaran perlindungan yang sangat menyeluruh.

Harga & Pelan Pemilikan Pintar

Bagi mereka yang mahu memiliki jentera SUV elektrik premium yang praktikal dan luas ini, berikut adalah perincian harga dan pilihan pembiayaan yang tersedia:

  • Harga Jualan Rasmi: RM252,800.00 (Atas jalan, tanpa insurans).

  • Harga Termasuk Pakej BSRI: RM268,600.00.

  • Pelan Pembiayaan Easy Drive: Bermula daripada RM3,035.00 sebulan (Margin 80%, tempoh 5 tahun, termasuk rebat tunai RM5,000).

  • Pelan Straight-Line: Bermula daripada RM2,792.00 sebulan (Margin 80%, tempoh 7 tahun).

  • Program BMW Protection+: Perlindungan komprehensif merangkumi kerosakan rim, kunci, perlindungan banjir, serta perlindungan calar dan kemek untuk ketenangan fikiran mutlak.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD