KUALA LUMPUR – MG Motor Malaysia meraikan sambutan ulang tahun ke-2 jenama itu di pasaran tempatan dengan mencatatkan momentum pertumbuhan yang kukuh sepanjang suku pertama tahun 2026.
Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory Qi berkata, pencapaian pada suku pertama ini merupakan permulaan yang bermakna buat syarikat dalam memperkukuh kehadiran mereka di Malaysia.
“Daripada pengiktirafan produk hingga pelancaran tempatan MGS5 EV CKD, pencapaian ini mencerminkan kekuatan rangkaian produk kami serta komitmen jangka panjang kami terhadap pasaran Malaysia,” katanya dalam kenyataan media.
Jenama automotif ikonik tersebut mengumumkan peningkatan jualan sebanyak 57 peratus bagi suku pertama 2026 berbanding suku keempat tahun sebelumnya.
Pertumbuhan ini turut menunjukkan kenaikan sebanyak 39 peratus jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun 2025, sekali gus mencerminkan keyakinan pengguna yang semakin meningkat terhadap rangkaian kenderaan MG.
Antara sorotan utama sepanjang tahun ini adalah pengiktirafan model MG Cyberster sebagai ‘Performance Car of the Year’ oleh MARii.
Selain itu, MG turut mencatatkan sejarah dengan pelancaran MGS5 EV CKD di Melaka pada Mac lalu, yang merupakan kenderaan elektrik pertama jenama itu yang dipasang sepenuhnya di Malaysia.

Model MGS5 EV CKD tersebut kini ditawarkan pada harga RM116,900 dengan promosi pelancaran khas bernilai sehingga RM9,000 bagi menarik lebih ramai rakyat Malaysia beralih kepada mobiliti elektrik yang mampu milik.
Sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan masa depan, MG Motor Malaysia bakal menambah rangkaian pusat 3S di Kuantan dan Rawang bagi meningkatkan aksesibiliti dan kualiti perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan.
Syarikat juga mengesahkan penyertaan dalam Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) akan datang, yang bakal menampilkan falsafah reka bentuk global terkini oleh Naib Presiden Reka Bentuk Global SAIC Motor, Jozef Kaban.
Sehingga kini, MG terus melabur dalam kecemerlangan perkhidmatan dengan menyediakan 11 fasiliti badan dan cat di seluruh negara bagi memastikan sokongan yang menyeluruh sepanjang tempoh pemilikan kenderaan oleh pelanggan.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?