SERI KEMBANGAN – Angka-Tan Motor Sdn Bhd (ATM), pengedar sah trak Foton di Malaysia, secara rasmi melancarkan Foton Aumark S Euro 5 AMT baharu bersempena dengan Malaysia Commercial Vehicle Expo 2026 yang berlangsung di MIECC hari ini.
Pelancaran ini menyaksikan Foton Aumark S Euro 5 AMT mencatatkan sejarah sebagai trak tugas ringan jenama China pertama di pasaran Malaysia yang dilengkapi dengan Automated Manual Transmission (AMT).
Teknologi ini direka khusus untuk memberikan pertukaran gear yang lebih lancar, sekaligus mengurangkan kelesuan pemandu serta menawarkan penggunaan bahan api yang lebih cekap, terutama dalam keadaan trafik bandar raya yang sering terhenti-henti (stop-and-go).
Trak ini dikuasakan oleh enjin Cummins ISF 3.8-liter yang telah terbukti kebolehpercayaannya, kini ditingkatkan kepada piawaian Euro 5 untuk pelepasan asap yang lebih bersih.
Enjin empat-silinder turbo ini mampu menghasilkan kuasa sebanyak 154 PS pada 2,600 rpm dan tork maksimum 500 Nm dalam julat 1,200 hingga 1,900 rpm.
Kuasa tersebut disalurkan ke roda belakang melalui transmisi AMT enam-kelajuan daripada ZF yang dibangunkan untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi perniagaan.
Dengan gabungan enjin Euro 5 dan transmisi AMT, pemilik perniagaan dapat menikmati kos penyelenggaraan yang lebih rendah melalui sela masa servis yang panjang.
Dari aspek keselamatan, Foton Aumark S Euro 5 AMT dilengkapi dengan pelbagai sistem aktif bagi menjamin ketenangan minda pemandu.
Antara ciri utama yang disertakan ialah:
Struktur badan trak ini dibina berasaskan ‘Super Truck Global Innovation Alliance’ yang tegar dan menepati standard antarabangsa ECE R29 bagi perlindungan penumpang di dalam kabin.
Dari segi kapasiti, ia menawarkan jarak roda 3,800 mm dengan berat kasar kenderaan (GVW) antara 7,500 kg hingga 9,900 kg.
Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Berhad, James Tan, menyatakan bahawa pelancaran ini merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat terhadap inovasi bagi menyokong ekosistem logistik negara.
Pelancaran ini juga amat bermakna kerana ia menandakan pencapaian 15 tahun Angka-Tan Motor sebagai pengedar bertauliah trak Foton di Malaysia.
Foton Aumark S Euro 5 AMT baharu ditawarkan pada harga pasaran (MSRP) RM128,800.
Bagi membuktikan kualiti dan ketahanannya, ATM menawarkan jaminan enam tahun atau 300,000 km, yang merupakan antara jaminan terbaik dalam industri automotif kenderaan komersial masa kini.
Pemilik juga akan mendapat sokongan selepas jualan melalui Foton Total Care, yang merangkumi rangkaian servis Tan Chong Group di seluruh negara, alat ganti tulen, servis mudah alih, dan bantuan kecemasan 24 jam Res-Q.
Orang ramai yang berminat boleh mengunjungi reruai Foton di PS01 semasa MCVE 2026 sehingga 16 Mei ini untuk melihat sendiri rangkaian trak ini atau melayari laman web rasmi di www.angkatanmotor.com.my.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?