Jenama kenderaan elektrik (EV) nasional, Proton e.MAS, sekali lagi tampil memperkasakan golongan wanita melalui penganjuran sesi pandu uji media The Real e.MAS Drive 2026.
Memasuki edisi kedua sempena Bulan Kesihatan Wanita, acara kali ini membawa tema Zoom to Bloom yang memfokuskan kepada gaya hidup sihat, elemen kreativiti, serta kepraktisan pemanduan EV dalam rutin harian masyarakat.
Bermula dari Proton Centre of Excellence (COE), para peserta wanita dibawa menyusuri laluan santai menuju ke Sentosa Janda Baik sambil merasai sendiri keupayaan sebenar model Proton e.MAS 7 dan Proton e.MAS 7 PHEV.
Setibanya di destinasi, mereka turut berpeluang menenangkan minda menerusi bengkel gubahan bunga interaktif yang berasaskan teknik ikebana moden.

Puan Salawati Binti Mohd Yusoff, Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET
Pengisian program yang seimbang antara demonstrasi teknologi dan aktiviti gaya hidup ini diatur khusus bagi menghargai kepentingan waktu rehat serta penjagaan kesihatan mental bagi seorang wanita.
Menurut Puan Salawati Binti Mohd Yusoff, Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET, penganjuran semula acara ini adalah refleksi nyata kepada penerimaan pemandu wanita tempatan yang semakin berkembang terhadap mobiliti elektrik yang praktikal serta mudah diakses.
“Dengan Zoom to Bloom, kami ingin mewujudkan pengalaman yang bukan sahaja mempamerkan kenderaan kami, tetapi juga menggalakkan wanita, Real e.MAS kami untuk meluangkan masa berehat dan mengutamakan kesihatan diri mereka,” kata beliau.
Selain aktiviti santai, kempen ini menjadi platform terbaik untuk mempamerkan barisan jentera Proton e.MAS yang ditala khusus mengikut keperluan pemandu harian serta pemandu yang berkeluarga.
Antara yang mencuri tumpuan ialah Proton e.MAS 5 dengan warna baharu Jade Green yang kelihatan segar ala trend “matcha” , serta varian Proton e.MAS 7 PHEV Prime yang menawarkan kefungsian dwi-kuasa elektrik dan petrol dengan jarak pemanduan keseluruhan melebihi 1,000 kilometer.
Ciri praktikal seperti ruang but yang luas sehingga 528 liter serta kabin yang senyap amat membantu melancarkan urusan harian tanpa sebarang kesukaran.
Pengalaman pemanduan yang luar biasa ini turut diakui sendiri oleh para pengamal media wanita yang menyertai program tersebut sepanjang perjalanan ke Janda Baik.
Salah seorang wartawan, Madhuri Rasamoney, memuji fleksibiliti model hibrid boleh laras (PHEV) tersebut yang dianggap sangat meyakinkan serta mesra poket untuk pelbagai situasi pemanduan.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?