Auto Bavaria dengan bangga telah memperkenalkan BMW 520i serba baharu 2024 dan BMW i5 Edisi Terhad dengan kelengkapan M Performance BMW di Malaysia.
Bagi BMW 520i 2024, ia didatangkan dengan enjin B48 2.8 liter pengecas turbo empat-silinder sebaris petrol dengan penjana kuasa hibrid ringkas yang mampu menjana kuasa sebanyak 208 Hp dan 308 Nm tork. Pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.5 saat dan kelajuan maksimum mencapai 230 km/j.
Beralih pada ruang dalaman, ia dilengkapi dengan ruang dalaman yang mewah berserta teknologi iDrive terkini dan sistem keselamatan komprehensif. Ia ditawarkan dengan empat pilihan warna luaran iaitu Black Sapphire Metallic, Mineral White Metallic, Phytonic Blue Metallic, dan Cape York Green Metallic berserta dengan dua pilihan warna dalaman iaitu hitam atau coklat espresso.
Hanya hadir dengan 20 unit sahaja di Malaysia, BMW i5 Edisi Terhad disediakan secara eksklusif untuk Auto Bavarian di mana alatan kelengkapan M Performance bernilai lebih RM100,000 akan diberikan. Berikut adalah perbezaan aksesori dalaman dan luaran yang diberikan:
Sedan elektrik ini didatangkan dengan spesifikasi motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan 400 Nm tork manakala output maksimum yang dihasilkan untuk kuasa adalah 313 Ps. Untuk jarak sejauh 528 km boleh dicapai dengan pek bateri berkapasiti 83.9 kWh dengan sekali pengecasan. Pecutan 0-100 km/j didakwa dalam masa 6.0 saat, dengan kelajuan maksimum 193 km/j.
BMW 520i 2024 ditawarkan dengan harga asas bermula RM332,800 (Tidak termasuk BMW Service & Repair Inclusive) manakala BMW i5 Edisi Terhad dengan kelengkapan M Performance BMW (Bernilai lebih dari RM100,000) dijual pada harga RM449,800.
Pelanggan yang berminat boleh berkunjung ke bilik pameran Auto Bavaria untuk melihat dan pandu uji model-model baharu siri 5 ini secara dekat.