NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Permintaan Percutian Kapal Persiaran Meningkat Kesan Perubahan Geopolitik Global

Permintaan Percutian Kapal Persiaran Meningkat Kesan Perubahan Geopolitik Global

KUALA LUMPUR – Peningkatan ketidaktentuan geopolitik dan gangguan berkala terhadap laluan pengangkutan udara kini mendorong sebahagian pelancong untuk menilai semula kebergantungan kepada penerbangan jarak jauh, sekali gus menyaksikan percutian kapal persiaran mula melonjak sebagai pilihan rekreasi alternatif.

Penggiat industri menyatakan bahawa permintaan terhadap perjalanan menggunakan kapal persiaran semakin mengukuh memandangkan pengguna kini mencari jadual perjalanan yang dapat mengurangkan pendedahan terhadap risiko ruang udara, lencongan penerbangan, serta gangguan berkaitan sempadan yang berpunca daripada ketegangan global.

Peralihan ini berlaku ketika pengendali kapal persiaran dan program kesetiaan memperluas tawaran penebusan bagi merebut peluang daripada peningkatan minat terhadap format percutian alternatif, terutamanya di pasaran Asia-Pasifik seperti Malaysia, Singapura dan ekonomi jiran Asia Tenggara yang lain.

Berlatarbelakangkan situasi ini, ekosistem kesetiaan Singapore Airlines Group, menerusi KrisFlyer dan rakan kongsi platform pelancongan Arrivia, telah memperluaskan akses kepada tempahan kapal persiaran dengan menggunakan mata ganjaran penerbangan kerap.

Penambahbaikan tersebut membolehkan ahli menebus batu KrisFlyer miles melalui KrisFlyer Cruise, iaitu platform khusus milik Arrivia, yang merangkumi lebih daripada 30,000 jadual perjalanan tajaan lebih 40 syarikat kapal persiaran.

Jadual perjalanan itu melibatkan pengendali-pengendali utama seperti Royal Caribbean International dan Disney Cruise Line, yang merentasi destinasi di seluruh Asia, Australia serta laluan global yang popular dalam kalangan pelancong, termasuk warga Malaysia.

John Williams, ketua pegawai operasi Arrivia International berkata pelancongan kapal persiaran semakin mendapat tempat memandangkan pengembara kini mencari lebih kepastian dalam perancangan percutian mereka.

“Kerjasama ini adalah bertujuan untuk memberikan ahli-ahli KrisFlyer cara yang lebih bermakna untuk menggunakan mata ganjaran (miles) mereka,” katanya sambil menambah bahawa platform tersebut menawarkan akses kepada ribuan pelayaran yang dibantu oleh pakar khusus dalam bidang kapal persiaran.

Industri kapal persiaran global telah membawa rekod tertinggi sebanyak 37.2 million penumpang pada tahun 2025, meningkat 7.5 peratus berbanding tahun sebelumnya, dengan permintaan di Asia-Pasifik terus memecut memandangkan pengguna serantau semakin memilih perjalanan laut berbilang destinasi yang disediakan secara pakej.

Penganalisis berpandangan bahawa walaupun pengangkutan udara tetap menjadi pilihan utama, sektor kapal persiaran berjaya menarik peningkatan permintaan daripada pelancong yang mengutamakan kemudahan, kestabilan jadual perjalanan dan pengalaman percutian serba lengkap sewaktu tempoh pergolakan geopolitik berlaku.

“Malaysia dijangka akan mendapat manfaat daripada trend ini, dengan kedudukannya yang hampir dengan hab kapal persiaran utama serantau serta peningkatan permintaan percutian ke luar negara daripada golongan kelas pertengahan yang menyokong perkembangan jangka panjang dalam aktiviti pelancongan berkaitan kapal persiaran,” kata penganalisis berkenaan.

Sumber: NST

Izzah Amirah

Izzah Amirah adalah Penerbit Kandungan Gaya Hidup & Kembara yang juga bertindak sebagai 'enjin kreatif' di sebalik siri mega TERPALING TRAVEL. Beliau bertanggungjawab menterjemahkan pengalaman kembara global kepada penceritaan digital dan kewartawanan gaya hidup yang eksklusif buat pembaca.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy