
Gelaran “King” masih kekal relevan dalam pasaran Malaysia. Selain terkenal dengan kos penyelenggaraan yang rendah dan kebolehpercayaan yang terbukti, Myvi juga menawarkan penggunaan bahan api yang cukup menjimatkan untuk kegunaan harian.
Dalam penggunaan sebenar, ramai pemilik melaporkan bacaan sekitar 17 hingga 19 km/L, bergantung kepada gaya pemanduan dan keadaan trafik. Angka ini masih menjadikan Myvi antara hatchback paling cekap dalam pasaran Malaysia.

Proton Saga MC3 membuktikan bahawa sedan mampu milik tidak semestinya kuat menggunakan bahan api.
Varian Premium CVT mencatat penggunaan bahan api rasmi 4.9L/100km atau sekitar 20.4 km/L, manakala varian Standard dan Executive automatik pula sekitar 19.6 km/L.
Walaupun angka ini sedikit rendah berbanding Myvi di atas kertas, Saga menawarkan kelebihan dari segi ruang kabin, keselesaan perjalanan jauh serta but yang jauh lebih besar. Apabila mengambil kira harga dan praktikaliti keseluruhan, Saga layak berada di kedudukan lebih tinggi dalam senarai ini.

Jika bercakap tentang kereta petrol paling jimat minyak, Bezza masih antara yang terbaik.
Dengan penggunaan bahan api sekitar 22 km/L, sedan kompak ini terus menjadi pilihan utama pengguna yang mahu meminimumkan kos harian.

SUV hybrid ini membuktikan bahawa kenderaan keluarga tidak semestinya membebankan poket.
Dengan penggunaan bahan api sekitar 4.3L/100km, Corolla Cross Hybrid menawarkan keseimbangan terbaik antara penjimatan, keselesaan dan praktikaliti.

Honda City RS e:HEV masih berada di tangga teratas sebagai antara kereta paling jimat minyak yang dijual di Malaysia.
Sistem hybrid e:HEV membolehkan model ini mencapai penggunaan bahan api sekitar 3.6L/100km atau 27 km/L, menjadikannya penanda aras dalam segmen sedan kompak.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?