NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Bukan Lagi Range Anxiety, Kini Queue Anxiety

Bukan Lagi Range Anxiety, Kini Queue Anxiety

KUALA LUMPUR – Pada 20 Jun 2026, bertempat di pentas utama KLIMS 2026 di MITEC Kuala Lumpur, Jangan Kecam Podcast kembali dengan episod yang cukup relevan buat rakyat Malaysia.

Nazz Abdullah bersama panel jemputan, GC Mah dari AutoBuzz dan Abang Gan dari PanduLaju, duduk semeja membincangkan satu isu yang sering menjadi penghalang utama buat pemilik kenderaan elektrik.

Bukan lagi sekadar soal Range Anxiety atau kebimbangan kehabisan kuasa bateri di tengah jalan, kini timbul satu lagi fenomena baharu iaitu Queue Anxiety.

Isu ini mula dibincangkan dengan serius apabila ramai pengguna EV risau dengan keadaan stesen pengecasan yang sesak terutamanya ketika musim cuti perayaan.

Dari Range ke Queue Anxiety

Nazz Abdullah

Bagi Nazz Abdullah, beliau melihat perubahan ini sebagai satu perkembangan dalam mentaliti pengguna.

Beliau menyatakan bahawa walaupun sasaran kerajaan untuk 10,000 pengecas menjelang 2025 belum tercapai sepenuhnya, jumlah yang ada sebenarnya sudah mencukupi jika kena dengan caranya.

Nazz berkata charger kita walaupun kerajaan sasarkan 10,000 charger menjelang 2025, sekarang lebih kurang 6,000 sahaja tidak sampai.

Tapi bagi beliau, jumlah itu sebenarnya sudah lebih daripada cukup dan masalah sebenar adalah dari segi mentaliti pengguna itu sendiri.

Perancangan Adalah Kunci Utama

GC Mah dari AutoBuzz

GC Mah pula menekankan bahawa pemilik EV perlu mengubah cara mereka merancang perjalanan.

Beliau tidak menafikan bahawa perjalanan jauh memerlukan sedikit usaha tambahan berbanding kenderaan berenjin petrol, namun ia bukanlah satu masalah besar jika dirancang dengan betul.

Menurut GC, kalau anda merancang perjalanan anda dengan teliti, anda tahu di mana hendak berhenti, beliau tidak nampak ia sebagai satu isu besar.

Beliau sendiri mengaku tidak pernah mengalami masalah yang keterlaluan kerana perancangan yang rapi dapat mengelakkan gangguan dalam perjalanan.

Strategi Mengecas Yang Betul

Charging Station di RNR Ayer Keroh.

Dalam perbincangan tersebut, mereka turut menyentuh tentang tabiat mengecas yang sering disalah anggap.

Ramai yang beranggapan perlu mengecas sehingga 100 peratus untuk merasa selamat, walhal itulah punca mengapa barisan di stesen pengecasan menjadi lebih panjang dan perlahan.

Nazz Abdullah menegaskan bahawa dalam situasi pengecasan pantas, mengecas sehingga 80 peratus adalah paling optimum.

Pengecasan selepas paras 80 peratus biasanya akan menjadi lebih perlahan, yang akhirnya akan membuang masa pemilik itu sendiri serta menyebabkan Queue Anxiety kepada pengguna lain yang sedang menunggu.

Kesimpulan

EV bukanlah satu mimpi ngeri buat pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman asalkan anda mempunyai perancangan yang jitu.

Ia memerlukan sedikit adaptasi dan kesabaran, namun ia tidak mustahil untuk dilakukan dengan selesa.

Banyak lagi pendedahan panas daripada Nazz Abdullah, Abang Gan, dan GC Mah yang mungkin mengubah 100 peratus persepsi anda tentang dunia EV hari ini.

Jom tonton perbincangan penuh tanpa tapisan di saluran YouTube Jangan Kecam Podcast.

Siti Sarah Abu Kassim

Siti Sarah merupakan Spesialis Naratif & Formula 1 (F1) yang pakar dalam menggarap skrip serta dialog berimpak tinggi. Berbekalkan pemahaman teknikal yang mendalam tentang jentera F1, beliau cemerlang merapatkan jurang antara penceritaan emosi dan analisis sukan permotoran elit sebagai seorang pengacara yang serba boleh.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy